CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 22, 2010

WAKIL MAJIKAN....Apakah??

Salam,

Topik kali ni lain sikit tapi berkaitan dgn tugas sebagai Timbalan Pendaftar..

Di INTAN ada Majlis Bersama INTAN (MBI) yg lebih kurang seperti Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yg biasa diadakan...

MBI ni diwujudkan kerana INTAN mempunyai 6 kampus wilayah dibawah naungan jadi perlu diadakan bagi mengetahui masalah serta mengatasi hal-hak yg berkaitan dengan pekerja menjalankan tugas.. sama mcm UNION la kut kalo swasta...

Maka, sebagai Timbalan kepada Pendaftar INTAN perlulah turut serta dalam MBI ni sebagai WAKIL MAJIKAN untuk mendengar keluh resah para pekerja yang nk menjalankan tugas.. walaupun aku sendiri pekerja gak huhuhu~~

Tapi satu pengalaman yg baru dan menarik.. dapat belajar bagaimana memperjuangkan hak-hak pekerja :)

Siapa-siapa yg dh bekerja, mungkin acara seperti ni boleh dipraktikkan..

Lebih demokrasi la sebab pemimpin dengar masalah pekerja-pekerja dan berbincang untuk mendapatkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak :)


p/s: wakil majikan xpe, jgn wakil meminang hihihii~~

Tuesday, April 20, 2010

Perubahan untuk Kebaikan?

Kadang-kadang rasa susah nak berubah untuk kebaikan...

biasalah bila kita dah slalu amalkan perkara-perkara yang salah, nak wat perkara yang betul tu

ada la masalah sikit kan..


tapi tu tak bermakna kita tak boleh berubah untuk kebaikan semua pihak...

kadang orang underestimate org yg nak berubah ni...

biasa la lumrah alam kn... yang baik ni ssh sket org nk terima dan bagi sokongan...


antara beberapa perkara yang aku rasa aku nk wat perubahan dalam diri ni...


1. Dari malas nak jadi Rajin

2. Dari gemuk nak jadi kurus

3. Dari banyak cakap nak jadi kurang bercakap

4. Dari wat sikit keje nak jadi wat banyak keje

5. Dari kurang beramal nak jadi rajin beramal Insya Allah


Banyak nk ubah tak tau leh capai ke tak.. tapi cita-cita dan azam mesti ada kan...

Tadi pn jumpa bos, dia kata panjang umur sbb baru teringat dah dtg jumpa.. maknanya kenalah

selalu jumpa bos.. supaya dia pun tak lupa kita...


p/s : macam mana nak berubah cinta? nk lupakan cinta lama......

Friday, April 16, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang .: APC :.

Salam..

sekarang fever APC dikalangan penjawat awam dah bermula...

apa tak nye.. nama2 calon dh diumumkan....

happy 4 my unit ada 5 org yang tercalon... tahniah tahniah.. anda memang sangat layak....

susah juga nk menilai dan mencadang individu di bawah unit kita yg kita rasakan layak untuk

dapat APC ni...

Selaku ketua unit, mesti kena adil dan tidak pilih bulu...

kalo rasa individu tu layak, jgn tidakkan haknya sebagai insan yang layak...

kepada yang tidak dapat, jangan putus asa...

APC bukan pengakhiran kerjaya anda..

teruskan usaha tau... jaga prestasi... jaga kelakuan dan segala yg berkaitan dengan penilaian...


Oleh yg demikian, cik fiza sgt bersemangat untuk bekerja dan bekerja bersama2 semua anggota

Unit Domesti INTAN Bukit Kiara supaya semua dapat cemerlang..

walaupun x dapat APC, tak semestinya kita semua tak cemerlang...

KITA SEMUA BOLEH!!!!


p/s: Kecemerlangan bukan dinilai dari berapa banyak anugerah dan pingat.. lakukan yang terbaik dalam apa jua, pengiktirafan akan datang kemudian kerana org di sekeliling menilai anda....