Semalam aku dok umah sepanjang hari.. tak sehat.. jadi aku pun menjelajah la setiap channel yang ada dalam pakej ASTRO yang baru aku langgan tu.. erm.. ada plak citer tajuk jodoh oh jodoh... lawak leh tahan la.. tapi ada mesej dan pengajaran aku blaja dari citer lawak ni.....
Sambil tu aku tersenyum menghintung rakan-rakan yang bakal naik pelamin tahun ni... dah berbaris dah list walaupun baru bulan Januari... mmg class gitu... persediaan nye mesti dah mula dari sekarang kn...
Tulah last 2 days.. aku hang out ngan Faiez and Jaem my dearie frenz.. bincang ttg persediaan kawen... ops! bukan gatal tapi berfikiran jauh ke depan.. hihihi (ayat cover line)..
Banyak juga la yang perlu dipersiap sediakan... pening gak kepala.. tapi ape2 pun.. ada duit semua jadi.... tu la realiti zaman skrg ni... jadi sahabat2 ku sekalian yg merancang berumahtangga tahun ni, sila persiapkan diri mental fizikal dan moneyal untuk majlis anda.... aku meramaikan majlis jek dulu.. bak kata pepatah memanaskan bangku simpanan jek...
cuit-cuit : kalau kawan2 rapat dah kawen terasa juga la.....
Wednesday, January 20, 2010
Jodoh Oh Jodoh..
Posted by cik fiza at 11:54 PM 3 comments
Labels: perkahwinan
Monday, January 18, 2010
Rumah Baruku
Alhamdulillah...
Aku dah selamat berpindah ke rumah baru..
Tido lena alhamdulillah...
walaupun awalnya takut duduk sorg2 tapi so far dah boleh overcome perasaan takut tu....
hopefully sentiasa tenang dan bebas dari gangguan... kita hamba Allah, berlindung dengan Allah...
p/s: sejuk xyah pakai aircond... sape nk datang bertandang dijemput....
Posted by cik fiza at 3:49 PM 2 comments
Labels: rumah baru
Thursday, January 14, 2010
Amanat KPPA today
Posted by cik fiza at 3:45 PM 0 comments
Labels: kerja
Wednesday, January 13, 2010
Program Kecemerlangan KELUARGA??????
Tajuk pun dh pelik, orang yang pi ni lagi lah rasa pelik.. kalo difikir2kn, program ni sesuai untuk org dah kawen jek... tapi nama aku lak naik untuk pi program yang diadakan oleh pihak JPA ni.... ermm.. ape boleh buat, nama dah naik pi juga la... ada tips2 untuk perbaiki diri yang aku dapat daripada program ni.. mungkin kita boleh kongsi sama2 dan dapat manfaat dan amalkan sama2...
1. Dekatkan diri dengan TUHAN
Ini penting supaya kita mendapat ketenangan dunia dan akhirat... amin...
2. Baiki hubungan sesama manusia
Mungkin ada yang ambil mudah hubungan sesama manusia tapi perkara ini penting untuk menjalinkan silaturahim yang akrab dengan semua pihak...
3. Ikhlaskan segala amalan supaya mendapat keredhaan..
4. Bersyukur dalam apa jua keadaan
Syukur ini dilihat sebagai elemen yang penting, kerana jika manusia tu tak bersyukur, dia sentiasa berasa tak puas dan tak senang dengan apa yang dia ada..
5. Berfikiran positif
Ini penting untuk mendapatkan aura positif dalam diri kita.. asik negatif je lama2 leh jatuh sakit tau.. byk virus hati... bahaya..bahaya...
6. Sentiasa memandang kehadapan
Jangan dikenang peristiwa lalu, ambil kekuatan dan teruskan kehidupan..
7. Fokus pada kelebihan diri
Boleh la mula cari2 kelebihan kita untuk diperhebatkan lagi.. bukan untuk riak tapi untuk tingkatkan self esteem
8. Tidak menyalahkan orang lain
Jangan cepat menghukum seseorang itu dengan apa yang kita lihat sahaja....
9. Tawakal dan berserah kepada TUHAN
Ini elemen akhir yang perlu ada untuk menjadikan diri dan keluarga terbaik....
Oleh yang demikian, harap2 point2 ini dapat dimanfaatkan.. kita sama2 berubah untuk kebaikan... Insya Allah...
Posted by cik fiza at 9:56 PM 0 comments
Labels: family matters
Sunday, January 10, 2010
11 Januari
11 Januari
Sebelas Januari bertemu,
menjalani kisah, cinta ini
Naluri berkata,
engkaulah, mi-lik-ku
Bahagia selalu dimiliki,
bertahun menjalani bersama mu
Ku nyatakan bahwa,
engkaulah, ji-wa-ku
Akulah penjaga mu
Akulah pelindung mu
Akulah pendamping mu
Di setiap langkah-langkah mu
Pernah ku menyakiti hati mu,
pernah kau melupakan janji ini
Semua karena, kita ini, ma-nu-sia
[#]
[Reff:]
Kau bawa, diri ku, ke dalam hidup mu
Kau basuh, diri ku, dengan rasa sayang
Senyum mu juga sedih mu, adalah hidup ku
Kau sentuh, cinta ku,
dengan lembut…
dengan sejuta warna
Hoo… hoo…
Something about this song...
Posted by cik fiza at 8:46 PM 2 comments
Labels: me
Ciri-ciri Isteri Solehah (MUST READ!!!)
Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa': 34)
Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya. (Taisir, hal. 177)
Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), 'abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]
Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami' no. 660, 661)
Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:
1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.
2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.
3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.
5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:
1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)
2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.
3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
Asma' bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".
Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)
4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.
5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.
6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.
7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)
p/s: Boleh la ambil tips ni jika ada kegunaan.. jika blom, boleh jadikan pengetahuan tambahan dan persediaan
Posted by cik fiza at 4:19 PM 0 comments
Labels: family matters
Friday, January 8, 2010
Datang ke pejabat pada hari SABTU
p/s: tgh berfikir macam mana nk maintain kerajinan ini....
Posted by cik fiza at 8:51 PM 0 comments
Labels: kerja
Thursday, January 7, 2010
Semangat Luntur Seketika
Mungkin terlalu ikutkan perasaan semangat bekerja aku luntur seperti di klorox semalam dan hari ini... walaupun pagi td boss menyampaikan amanah yg cukup panjang lebar selama 3 jam setengah namun aku seperti jelly yang lembik... tak produktif..... mungkin terlalu terbawa oleh peristiwa yang terjadi pada petang semalam... tapi kena come back cepat2..... aku xleh hanyut... orang lain sentiasa mencari kesalahan aku... mmg ada banyak kesalahan tapi aku akan cuba perbaiki.... ssh....
Posted by cik fiza at 9:13 PM 2 comments
Buat Baik Biar Berpada Buat Jahat Jangan Sekali
p/s: nk masuk kursus pengendalian manusia boleh x????
Posted by cik fiza at 3:41 PM 0 comments
Labels: kerja
Monday, January 4, 2010
Kurangkan Kontroversi Tingkatkan Prestasi
Posted by cik fiza at 5:59 PM 2 comments
Labels: kerja