Tajuk pun dh pelik, orang yang pi ni lagi lah rasa pelik.. kalo difikir2kn, program ni sesuai untuk org dah kawen jek... tapi nama aku lak naik untuk pi program yang diadakan oleh pihak JPA ni.... ermm.. ape boleh buat, nama dah naik pi juga la... ada tips2 untuk perbaiki diri yang aku dapat daripada program ni.. mungkin kita boleh kongsi sama2 dan dapat manfaat dan amalkan sama2...
1. Dekatkan diri dengan TUHAN
Ini penting supaya kita mendapat ketenangan dunia dan akhirat... amin...
2. Baiki hubungan sesama manusia
Mungkin ada yang ambil mudah hubungan sesama manusia tapi perkara ini penting untuk menjalinkan silaturahim yang akrab dengan semua pihak...
3. Ikhlaskan segala amalan supaya mendapat keredhaan..
4. Bersyukur dalam apa jua keadaan
Syukur ini dilihat sebagai elemen yang penting, kerana jika manusia tu tak bersyukur, dia sentiasa berasa tak puas dan tak senang dengan apa yang dia ada..
5. Berfikiran positif
Ini penting untuk mendapatkan aura positif dalam diri kita.. asik negatif je lama2 leh jatuh sakit tau.. byk virus hati... bahaya..bahaya...
6. Sentiasa memandang kehadapan
Jangan dikenang peristiwa lalu, ambil kekuatan dan teruskan kehidupan..
7. Fokus pada kelebihan diri
Boleh la mula cari2 kelebihan kita untuk diperhebatkan lagi.. bukan untuk riak tapi untuk tingkatkan self esteem
8. Tidak menyalahkan orang lain
Jangan cepat menghukum seseorang itu dengan apa yang kita lihat sahaja....
9. Tawakal dan berserah kepada TUHAN
Ini elemen akhir yang perlu ada untuk menjadikan diri dan keluarga terbaik....
Oleh yang demikian, harap2 point2 ini dapat dimanfaatkan.. kita sama2 berubah untuk kebaikan... Insya Allah...
Testing Testing 123
3 years ago
0 comments:
Post a Comment