CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 5, 2020

Perkahwinan Jarak Jauh: Erti Syukur

Aku menulis posting ni dengan linangan air mata 😢😢😢.
.
.
Semasa PKP ni memang Allah bagi rezeki untuk suami aku dapat balik Selangor dan stay dengan kami Alhamdulillah almost 1 bulan 6 hari.
.
.
Untuk org PJJ sehari pun dah rasa happy inikan pula dapat sebulan kan.
.
.
Dan saat perpisahan tu tiba lagi apabila ada tugas yang memerlukan dia kembali ke Johor.
.
.
Aku cuba juga pujuk minta dia stay sehingga raya tapi ayat dia buat aku terdiam;

"Kalau stay sini memang seronok tapi nanti nak bagi pekerja gaji apa, mereka ada keluarga"
.
.
Dan aku kembali ke alam realiti kehidupan kami dan menolak tepi rasa tamak dan penting diri.
.
.
Banyak perkara yang menerbitkan rasa syukur dalam hati sepanjang PKP ni.

1. Alhamdulillah ada pekerjaan ada gaji;

2. Alhamdulillah ada tempat berlindung dari virus;

3. Alhamdulillah suami dapat stay sama-sama sebulan;

4. Alhamdulillah Allah lindung dari penyakit;

5. Alhamdulillah dapat tempuh Ramadhan lagi tahun ini
.
.
Dan banyak lagi kesyukuran yang patut kita syukurkan daripada rahmat Allah instead kita memandang sesuatu yang tak ada.
.
.
Nikmat Allah yang mana yang kau dustakan?
.
.


L.O.V.E
Fiza Omar


Monday, April 20, 2020

COVID19 Perubahan Kehidupan Manusia

Assalamualaikum Salam Ceria semua

Harap semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah.

COVID19

Semua merasai perubahan kehidupan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni kan. Apa taknya, selalu hujung minggu balik kerja boleh keluar jalan jalan makan makan tapi sekarang kena duduk di rumah layan TV layan Netflix layan Drakor (drama korea) Ehhh! Cerita perampas The World of The Married kan sekarang tengah hangat.

Bezanya kehidupan kita yang dulu bergerak bebas ke sana ke sini tanpa ada halangan kecuali satu halangan la.... takde duit hihihi....

Tapi sedar tak yang ada juga positifnya arahan kawalan pergerakan ni. Aku try jadi positif dan melihat dari perspektif yang baik supaya kita jadi orang yang bersyukur.


  1. Hubungan keluarga: Memang lebih erat sebab semua orang duduk di rumah. Cuma ada juga kes-kes penderaan yang berlaku tapi kita ambil yang baik-baik saja. Solat jemaah yang sebelum ni agak jarang di buat bersama di rumah (ayah-ayah selalu ke masjid), dapat dibuat setiap malam. Memandangkan nak masuk bulan ramadhan yang mulia masing-masing hero menghafal surah-surah untuk dibaca semasa menjadi imam terawih nanti. Kan indah suasana tu........
  2. Kemurahan hati: Disebabkan aku bertugas di hospital jadi perkara ni aku sangat nampak. Hampir setiap hari PRO kami melayan penyumbang yang tak putus-putus hantar sumbangan. Rakyat Malaysia memang sangat pemurah. Tahniah!! Bangga jadi rakyat Malaysia.
  3. Eksplorasi perkara baru: Ramai yang buat DIY dan cuba masakan baru. Ada yang siap buat perniagaan baru hikmah dari tempoh PKP ni. Sangat menarik sebab orang berjaya mencipta sesuatu yang baru dan belum pernah dicuba bila dalam keadaan duduk terdiam di rumah.


Daripada perubahan ini kita nampak yang manusia akan cuba adaptasi diri dengan normal yang baru. Sebagai manusia yang normal insya Allah kita mampu menempuhnya.

Kita ada 7 hari lagi untuk PKP Fasa 3 dan kita berdoa Allah lindungi Malaysia dari COVID19 dan memberikan kesembuhan kepada semua yang dijangkiti.

L.O.V.E

Fiza Omar