CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 29, 2010

Angau Di Pagi Jumaat~~

Adoi~~

Satu panggilan dan cukup wat aku jadi mcm terbang jap.. Sengeh sampai telinga... (wat malu je kn huhu~~)

Tapi.........

Takut tak kekal lama...

Takut...

Takut sementara jek...

Takut jadi macam dulu-dulu...

Takut jadi macam sebelum ni.....

Takut.. takut sangat.....

Tapi nak juga... hati ni degil... nk juga...

Takpe la kalau pun sementara.. sekurang-kurangnya rasa bahagia tu datang walau kejap...


p/s : bape banyak takut daaa~~~

p/s/s : Mode layan lagu Dealova la sampai malam hehehehe

Menanti Cinta~~~

Tetiba tgk youtube tadi ternampak lagu ni.. search lirik...

Lagu ni cocok untukku (alamak terkuar plak bahasa Indonesia hehehe)

layan la lagu ni ek... makna yang mendalam.. semoga Allah meringankan jodoh sayer...



Menanti Cinta By Krisdayanti

sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satu pun burung
mampu menjawab

hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku

wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu


Hatiku..silalah ikhlas....

Wednesday, July 28, 2010

Bahana Nak Kaya Cepat + Nak Berlagak...

Baca paper pagi ni dapat berita tentang penipuan skim cepat kaya yang buat operasi ala2 MLM..

Tengok kat Metro tu mcm muda2 jek org yg kena tangkap ni.. alahai... ape la nak jadi..

nape nk tipu orang utk jadi kaya.. nape mesti nak berlagak2 ngan kekayaan yang sebenarnya bukan milik korg pun... pelik betul.. bergaya ngan duit org...

cuba lah baca ni.. kut ada kawan2 yg pernah terlibat atau pernah cuba nk jerat leh la bagi nasihat...

Kereta mewah pancing mangsa

KUALA LUMPUR: Kumpulan sasarannya ialah kakitangan kerajaan berpendapatan rendah yang dimomokkan dengan keuntungan amat lumayan mencecah enam angka serta kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit setiap satu.


Setiap kali pertemuan, deretan kereta mewah milik ‘upline’ antaranya BMW 5 Series, Nissan Fair Lady, BMW Z4 Spider, Mitsubishi Evo Lancer serta Nissan GTR Skyline akan diparkir di hadapan kafe atau restoran yang menjadi lokasi perjumpaan bagi memancing mangsa, selain menggambarkan keuntungan luar biasa yang bakal diperoleh. Itu taktik digunakan satu sindiket skim cepat kaya yang mengaut keuntungan atas angin dan aktif sejak tiga tahun lalu, kini disertai ribuan ahli di seluruh negara dengan majoritinya kakitangan kerajaan. Berselindung di sebalik nama kelab riadah dan keluarga, sindiket itu menawarkan pelaburan eksklusif dengan menjalankan perniagaan jualan langsung berasaskan produk makanan kesihatan sedangkan ia palsu. Modalnya juga bukan sedikit kerana ahli perlu membuat pelaburan sekurang-kurangnya RM41,000 sedangkan pulangan yang diterima tidak mencecah RM5,000 sebulan. Sesi perbincangan untuk berkongsi pelan pemasaran tidak berakhir dalam sehari. Dalang yang juga upline berpura-pura akan berkongsi keuntungan dan membantu mencarikan modal pelaburan melalui pinjaman bank yang akan diluluskan segera.

Selain kereta mewah, dalang lintah darat terbabit sentiasa bermegah-megah dengan barangan mewah dan menceritakan pendapatan mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit sebulan.

Segala taktik itu terbongkar apabila lokasi pertemuan ahli kelab terbabit diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) melalui Ops Serama di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway, dekat sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Mereka tidak mempunyai pendaftaran syarikat dan bergerak bebas mencari mangsa yang juga kakitangan kerajaan muda serta berpendapatan rendah. Pada peringkat awal, mangsa diminta membuat pelaburan RM41,000. Jika mangsa tidak berkemampuan mereka akan menawarkan pelaburan RM13,000 dan paling rendah RM2,000.

“Namun, dek kerana tamak, ada yang sanggup meminjam daripada ahli keluarga dan saudara-mara untuk melabur dengan modal tinggi kerana dijanjikan keuntungan lebih besar,” katanya sambil memberitahu skim itu menjalankan pelaburan berkonsepkan piramid. Rohaimi berkata, jika mangsa gagal mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, sindiket itu akan bekerjasama dengan koperasi yang ‘tenat’, namun jika gagal mendapatkan pelabur baru untuk melangsaikan hutang, mereka akan menerima ugutan dan ancaman ala along.

“Siasatan awal juga mendapati, mereka tidak mempunyai sebarang lesen jualan langsung serta pendaftaran syarikat. Segala transaksi pemindahan wang dimasukkan ke dalam akaun individu upline masing-masing,” katanya.

“Skim cepat kaya ini kebiasaannya menyebabkan mangsa terjebak masalah kewangan, kekeluargaan dan kemasyarakatan serta menjejaskan prestasi kerjaya. Ini perkembangan tidak sihat untuk penjawat awam,” katanya.


So pasni nak masuk ape2 kena fikir panjang2 dlu.. ni dah dok pinjam sana sini kan dah susah... nak ajak kawan2 jadi kaya pun berpada la.. ajak yg betul2 bagus.. jangan ajak yg ke arah melingkup......jangan nak berlagak je...

p/s: pernah gak la kena ajak ngan skim2 cmni tapi pengalaman masa first year di UPM mmg mengajar... takutttttttttt...

Monday, July 26, 2010

Mimpi ULAR??

ular, mimpi tentang ular merupakan lambang musuh yang dapat menyembunyikan permusuhannya. Atau dapat diartikan musuh yang munafik dan sangat membahayakan karena ia tidak berani berhadapan, tapi menyerang dari belakang.

1) bermimpi membunuh ular, artinya anda akan berhadapan dengan musuh atau pesaing dalam bisnis dan anda menang;

2) bermimpi bertengkar dengan ular dan anda dapat dikalahkan artinya musuh atau pesaina andalah yang menang dalam kompetisi;

3) bermimpi melihat ular mempunyai kaki, artinya anda mempunyai musuh yang kuat;

4) bermimpi melihat ular tetapi anda merasa takut karena binatang itu memandangnya artinya anda akan dicekam ketakutan

5) bermimpi merasa ada ular keluar dari lubang anus, telinga atau perut artinya sebagian keluarga anda ada yang menjadi musuh secara diam-diam (membenci anda dengan diam-diam);

6) bermimpi memiliki ular, artinya anda akan mendapatkan kenikmatan dan keberuntungan;

7) bermimpi memiliki ular hitam, artinya anda akan memiliki kekuatan dan kewibawan;

8) bermimpi memiliki ular kecil yang mengkilap kulitnya, artinya anda akan mendapatkan kekayaan;

9) bermimpi melihat ular kecil tiba-tiba menjadi ular besar (ular naga) artinya bahwa anda akan mendapat pertolongan dari orang yang berkedudukan;

10) bermimpi melihat ular berlari mendekati artinya anda sedang dicintai atau dirindukan orang lain secara diam-diam;

11) bermimpi melihat ular dalam jumlah banyak dan bermacam-macam artinya anda akan mendapatkan kebahagiaan;

12) bermimpi bermain-main dengan ular artinya ada seseorang yang sedang jatuh cinta kepada anda;

13) bermimpi melihat ular di dalam rumah artinya anda akan kedatangan tamu yang membuat senang seluruh keluarga;

14) bermimpi melihat kulit ular artinya anda akan mendapatkan kebahagiaan dan kekayaan dari Allah; bermimpi menari dengan membawa ular artinya anda akan mengalami kekacauan dengan kekasih

mimpiku yang warna purple tu huhuhu~~

Gula Gula Gula... Lagi-lagi Gula...

Harap info ini dapat membuka minda semua orang.. :)

Kurangkan manis dalam makanan tambahkan manis dalam senyuman....


Pengambilan minuman '3-in-1' perlu dikawal


KUALA LUMPUR 26 Julai - Penggunaan produk minuman '3-in-1' yang kini menjadi pilihan kebanyakan masyarakat perlu dikawal pengambilannya kerana ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.

Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Roslee Rajikan berkata, pengguna perlu bijak membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat makanan pada produk berkenaan.

"Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah. Tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin boleh timbul masalah," katanya semasa ditemubual Zulkifli Bujang dalam program Kerusi Panas di Radio 24.

Dr. Roslee berkata, pengguna tidak boleh mengawal pengambilan gula dengan pengambilan minuman 3-in-1, berbanding jika menyediakan sendiri minuman.

Menurut kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), rakyat negara ini mengambil secara purata 26 sudu teh gula setiap hari iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dr. Roslee berkata, untuk mendidik masyarakat mengurangkan pengambilan gula bukan satu perkara mudah meskipun pelbagai kempen diadakan untuk menyedarkan masyarakat.

"Tetapi ramai juga orang yang telah mempunyai kesedaran telah beralih kepada corak pengambilan yang lebih baik. Dulu tidak pernah dengar teh tarik kurang manis dan teh O kurang manis. Tetapi sekarang sudah jadi perkara biasa," katanya.

Dr. Roslee berkata, meskipun kerajaan menambah bekalan gula sebanyak 15 peratus daripada biasa sebagai persediaan menyambut perayaan, orang ramai perlu bijak mengawal penggunaannya.

Beliau juga menasihatkan individu yang mempunyai ibu bapa atau keluarga yang menghidap diabetis supaya mengawal pengambilan gula dan mengamalkan pemakanan sihat bagi mengurangkan risiko menghidap penyakit yang sama.

"Memang ada sedikit pengaruh genetik kepada perkembangan penyakit ini.

''Tetapi kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa (yang menghidap diabetis) sedangkan kita mempunyai keupayaan untuk mengubah cara hidup terutama pengambilan makanan yang sihat serta bersenam," katanya. - BERNAMA

Takut perkara begini terjadi... :(

KUALA LUMPUR 26 Julai - Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Laskar Udara Kanan, Hasnizam Ab Wahid, 26, maut ketika menjalani latihan penerjunan payung terjun di Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Kamarulzaman Ali berkata, kejadian pada pukul 1.10 petang itu berlaku ketika mangsa sedang menjalani kursus terjun statik tempur bersama 26 anggota lain.

"Mangsa ditemui dalam keadaan parah dan disahkan meninggal dunia pada pukul 3.59 petang ketika dalam perjalanan ke Hospital Besut.

"Mangsa dan kesemua anggota yang menjalani kursus tersebut mempunyai pentauliahan dalam bidang penerjunan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamarulzaman memberitahu, jenazah Hasnizam akan dihantar pulang ke kampung halamannya di Simpang Batu 5, Batu Pahat, Johor, dengan menaiki pesawat C130H dari Pangkalan Udara Gong Kedak ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai malam ini untuk dikebumikan.

Jelasnya, Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noraniza Zakaria.
Sementara itu di Batu Pahat, Nik Hasnah Nik Yeh, 47, hanya mampu mendakap erat kain berwarna kuning keemasan yang dihadiahkan anaknya.

"Angah belikan kain ini semasa hari jadi mak cik untuk dipakai hari raya ini, tak sangka dia tak sempat nak melihat mak cik memakainya".

Ketika ditemui di rumahnya di Jalan Peserai Kecil, Simpang Lima di sini malam ini, Nik Hasnah memberitahu arwah membelikan kain itu pada hari lahirnya 3 Mac lalu dan turut membelikan kain yang sama jenis dan warna untuk isteri dan adik beradik perempuannya.

Menurutnya, Hasnizam juga menghubunginya malam tadi bagi memaklumkan yang dia akan melakukan penerjunan hari ini.

"Angah telefon malam tadi minta saya doakan supaya dia selamat melakukan penerjunan. Ini kali kedua dia buat terjunan,'' katanya.

Nik Hasnah berkata, arwah menyertai TLDM pada 2002 dan baru setahun menyertai Paskau.
Katanya, arwah ialah anak kedua daripada enam beradik dan merupakan seorang yang agak pendiam tetapi rapat dengannya.

Arwah, katanya, mendirikan rumah tangga dengan Noraniza Zakaria, 22, pada 31 Oktober 2009 dan masih belum dikurniakan anak.

Menurutnya, isteri arwah yang berasal dari Pahang ketika ini masih mengikuti kursus jururawat.

Sementara itu, bapanya, Ab. Wahid Saim, 52, yang merupakan pesara tentera reda dengan pemergian anaknya itu.

"Mana-mana pun kita boleh mati. Sebagai bekas tentera, saya faham tugas anak saya dan reda dengan pemergiannya," katanya.

Ab. Wahid berkata, jenazah akan dikebumikan di sebelah pusara nenek arwah, Fatimah Buang di Tanah Perkuburan Masjid Mampan, Simpang Lima, di sini secepat mungkin.

Dalam pada itu, adik bongsunya, Nurul Fatihah, 11, memberitahu arwah sangat rapat dengan adik beradik perempuan dan selalu berpesan supaya mereka rajin belajar.


Mohon pada Allah semoga 'orang itu' dipelihara... Amin..

Sunday, July 25, 2010

Crocodile Tears!!!!

erkkkkkkkkkkkk!!!!!

Geram2 ngan org yg suka berpura2..

tak suka tak suka...

tolonglah kalau hidup jangan nk wat orang lain sakit hati jerk...

GET A LIFE LAAA!!!

tolonglah jangan buat fitnah nampak macam kau tu kesian sgt...

harap2 cepat dapat hidayah.. tak jeles pun ngan ape yg kau ada tu rezeki kau...

Thursday, July 22, 2010

Misi Hari Jumaat

Uwaaaaa...
arini agak busy dari pagi tadi..
awal2 pagi pi jumpa boss dapat 2 task..
kena settlekan cepat2 ni... urgent!!

Then terus balik bincang strategi.. cewah mcm nk berperang plak..
Petang ni meeting seksyen... bincang lagi...

Lepas waktu kerja akan berjuang di padang bola!!!!
ops! bukan aku yg main bola.. team Domestik yang main bola hehehe
jadi pom pom girl jerk tepi padang..

menjerit kalahkan jurulatih..
acting like manager plak heheheheh
ape2 pun seronok sibukkan diri.. supaya tak ingat masalah lalu...

Jom kita hebohkan padang bola INTAN hehehee

Wednesday, July 21, 2010

Padamu Ku Bersujud~~ Nice Song!!

Suka lak lagu ni.. mendayu2.. meh layan liriknya..

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

p/s: Ya Allah ampunkan dosa hambaMu ini...

Cobalah Coba...

Tajuk cam lagu Faizal Tahir plak hehehe

saje di pagi yang indah ini sebelum pi nyanyi koir untuk perhimpunan INTAN nak warm up sket...

ada beberapa perkara yang aku sedang cuba buat iaitu :

1. Jadi RAJIN ~ sebab rasa makin malas uhuhu

2. Jadi TABAH dan KUAT semangat ~ sebab kadang kalah ngan perasaan sendiri

3. Jadi PENYABAR ~ sebab kadang cepat marah

4. Jadi YAKIN ngan diri sendiri

5. Jadi......jadian heheheheh

Setakat ini tu dlu azam coba2 aku...

harap akan tercapai.. tolong doakan yer... :)

Fiza masih mampu tersenyum....

Monday, July 19, 2010

Alhamdulillah Walaupun Sedih Allah Beri Aku Sinar Bahagia

Happy sangat!!
walaupun sekarang mode sedey pilu2 tapi Allah Maha Agong.. Allah Maha Besar..

April dlu aku ada pi Peperiksaan Undang2 Kerajaan.. exam ni untuk confirm jawatan.. mmg pecah kepala la nk jawab.. ngan akta2 suma bagai macam nk pengsan.. wpn boleh open book tapi paham2 jek la soalan belit2 masa mane la cukup nk fikir uhuhuhu~~

aku kena amik 3 paper untuk 3 hari.. 2 paper awal aku agak yakin sbb aku ada byk masa dan semua perlembagaan akta suma aku cukup.. tapi malang nasibku untuk hari ke3.. aku x dapat info yg cukup.. buku akta yg aku ada hanya cukup untuk jawab 2 soalan..

disebabkan aku ni mulut bising dan peramah, aku pun kenen2 kt akak2 yg ada situ.. alhamdulillah dpt gak pinjam 1 2 buku masa exam tu.. wpn aku sebenarnya kecewa sbb byk soalan aku x dpt jawab sbb x de akta.. mmg frust.. aku kuar awal skali.. 1 jam lebih awal kalo x silap...

ada 3 soalan tu aku xde akta tapi aku hentam ikut akal fikiran sendiri cipta akta heheheeh melebih sangat.. bukan ape ngan harapan jawapan tu dipertimbangkan dan at least aku ada usaha...

ALHAMDULILLAH....

Usaha berhasil...

Aku lulus 3 paper ngan sekalai ambil jek... rezeki... tak yah pi banyak kali...

Wednesday, July 14, 2010

Hati Yang Terluka

Jom layan lagu ni.. nyanyi ngan my sis last tuesday masa pi karok.. rasa sesuai lak ngan tema skrg... lagu lama nyanyian Broery Marantika...


Kan kucari jalan yang sunyi
Untuk menghindar diri darimu
Kuberjanji di dalam hati
Takkan lagi ku menjumpaimu

Di tengahnya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hatiku membeku

Kau yang telah membuat luka di hatiku
Kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi
Kau merubah cintaku jadi benci

Di tengahnya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hatiku membeku
Kau yang telah membuat luka di hatiku
Kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi
Kau merubah cintaku jadi benci


terbanglah semua kenangan.. pergi bersama angin...
biar hatiku kembali tenang.... semoga damai di sana...

Saya berbangga menjadi warga UPM :)

uwaaa... agak bangga juga la menjadi warga UPM...

4 tahun belajar di UPM macam2 yang dipelajari..

terima kasih UPM kerana menjadikan diri ini sebagai warga berilmu dan mempersiapkan diri ngan segala ilmu2 pengetahuan yang berguna bila dh bekerja ni...

Always proud to be UPM Alumni :)

sila klik link untuk tengok rank Uni anda http://www.mqa.gov.my/setara09/result_en.cfm

Sehari bercuti sambil bergumbira

hehehe~~ cm best jek bercuti semalam..
rehat2 kan fikiran.. selesaikan urusan2 yang patut diselesaikan.....

then apa lagi melepaskan gian ketagihan lama... KARAOKE!!!

mmg gila ah.. menyanyi tanpa henti ngan my sis mimie (happy bday my dear... 24 thn dan arini..) selama 3 jam..

mmg dh lama x wat kegiatan ni.. last dlu pn nyanyi cm nk pengsan masa kt UPM... puas hati.. wpn bayar agak mahal la.. tapi xpe la.. skali skala jek... x leh selalu nnt pokai...

arini suara dh xde hhihihihi penangan nyanyian ala superstar dalam bilik karok laaa...
lagu2 lama la baru la dangdut la english la suma layan...

:)

Sunday, July 11, 2010

Dapat Award dari Ryna :)


Waaaahhh... tak sangka dapat award ni dari Ryna yang baik hati :)

1. Anda mesti memberi pujian kepada pemberi award ini

Ryna seorang yang baik dan ceria (suka baca blog dia sebab ceritanya ikhlas :))
Suka beri komen yang membina di blog saya :) sangat best sbb sudi bagi award ni pada sy :)

2. Sila beri award kepada 10 bloggers yang lain

i. azma
ii. ana
iii. elya elmo
iv. dahlia ( duniadahlia )
v. wan ( hAmPiR Ke SiTu )
vi. Ili
vii. cik xora (Dia Terima Nikahnya)
viii. ..all about her preps to become a bride..
ix. WANITA BIASA SAJA
x. sa'ra

hope kalian sudi terima award ni yer..

3. Anda mesti beritahu 10 blogger ini

4. Bagaimana anda boleh digelar blog yang "Best and Great".

Saya pun xtau...saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan...

Sakit Hati Pada Yang Tak Patut?

last sunday aku pi jalan2 ngan housemate n kawan keje.. pi tgk wayang n makan2 sambil cari barang..

pi makan kt satu restoren ni.. tetiba aku ternampak mamat yang keje situ sama saling x tumpah gaya cam........ (xmau sebut nnt terasa sedey)... mmg rasa nk tersembut air yang minum tu.. sbb agak sama..

ilang mood... serius...

kedai tu yang sejuk ber'aircond' rasa panas berbahang.. serius tak tipu... mmg rasa panas... berpeluh...

tapi bila fikir balik, bukan nye mamat tu wat salah kt aku pun... tapi rasa sakit hati tetiba datang.... susah2.. xpelah awal2 mmg cmtu... lama nnt ok la...

Wednesday, July 7, 2010

Cinta Plastik

Penah tak dengar 'cinta plastik'??
Kadang aku terfikir, cmne org leh ungkapkan perkataan keramat macam SAYANG CINTA KASIH kalau tak betul2 rasa dan bermaksud pada perkataan itu..

Apelah ertinya digula2kan ngan perkataan jiwang asramadana tapi isi nye kosong...
Cinta tak semestinya memiliki...
Aku akur ngan ayat tersebut sbb mmg selalu terjadi...

sayang..sayang...sayang....
sakit jiwa kalau fikir2 kan ttg cinta plastik ni..
berpura-pura! tak jujur!

takpelah.. hari ni hari kamu esok lusa hari aku..
roda ini bulat... akan kebawah juga satu masa nnt...
jangan kata org lain pentingkan diri sendiri kalau kamu pun jadi org yg pentingkan diri sendiri

Berkenalan Berjumpa Bercinta Berpisah ni lumrah kehidupan

Allah ada bersamaku...
walaupun aku tak lah dalam sgt ilmu agama tapi aku yakin Allah akan membantu hambaNya yang tabah dan sabar menghadapi dugaan dan cabaran...
Ikhlas fiza..cuba jadi ikhlas...

Lupakan apa yang dh lalu..
pandang ke hadapan...
ramai yang menghargai dan menyokong dari belakang...

Cinta boleh cari tapi sahabat sejati ssh nak jumpa...
aku sangat bersyukur kerana masih ada ramai BFF yang setia bersahabat ngan aku susah mahupun senang... Terima kasih sahabat2 ku Eza, Jaem, Faiez....

Monday, July 5, 2010

Kalau masih tak kawen lagi tak laku ker????

Tajuk ni sangat menyentap perasaan tau...
Bukan apa, sejak akhir2 ni aku sgt selalu dihujani pertanyaan "kenapa tak kawen lagi???"
Sedey tau.. Kegagalan dalam percintaan tu bukan lah sesuatu yang orang nak hadapi.. lagi2 kalau kegagalan tu atas sebab yang tak kita sangka jadi begitu...

Aku cuba jadi tenang..
Tenang dalam hadapi semua masalah-masalah dan perkara-perkara yang buat serabut otak..
Tapi tipu la kalau tak fikir..
Tipu la kalau kata tak ingat langsung and x sedey... sangat2 tipu!!

Aku sibukkan diri dengan bekerja.. kerja kerja kerja...
Weekend balik rumah family..
Tapi bila malam2 aku sorg2 aku sedey juga... ingat juga...

Orang nape tak nak paham yang jodoh blom sampai?
Nape tak nak fikir perasaan org yg ditanya??
Tak tau ke orang tu sedey ke kecewa ke sakit hati ke ngan soalan tu??

Tengok kawan-kawan dukung anak lagi hati rasa sayu..
kadang fikir juga tak kawen lagi aku ni tak laku sgt ke?? huhuhu~~~
tapi cuba buang fikiran mcm tu jauh2.. cuba jadi positif...

Takpelah.. mungkin rezeki dan jodoh aku ada nanti.. sabar dan tunggu...
buat masa ni berdoa dan buat yang terbaik dalam kehidupan..
semoga aku jadi wanita yang tabah..

Harap2 makcik2 yang suka tanya2 tu tak tya aku lagi.. sebab nanti aku jadi sedey balik...

p/s: aku selalu gelak2 hepi2 tapi aku sedey org xtau...

Sunday, July 4, 2010

Kehidupan yang berubah

Salam semua..
Lama sangat dah tak menulis disebabkan bz ngan keje dan juga idea2 tak mau datang..
ntah lah.. skrg ni rasa kurang bermaya..
macam2 dugaan dan masalah yang mendatang..
letih benar rasa otak ni berputar berfikir...

Kadang rasa sunyi tu tak dapat dibendung sebab tak de siapa yang nk berkongsi semua rasa ni..
BFF suma dh jauh2.. keje merantau mencari rezeki...
takpe.. aku masih boleh menempuh dugaan ini...
masih kuat untuk terus berjalan melangkah ke depan..
takde guna menoleh ke belakang lagi..
kena tinggalkan semua kenangan-kenangan walaupun pahit dan manis tu bercampur baur...

Allah lah yang akan membantu ku...