CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 26, 2011

Dilema Tandas~~~






Ops!


Awal2 pagi dah bagi tajuk pelik..


Saje nak berkongsi dan nak minta pandangan rakan2 suma..


Semalam aku ke tandas seperti biasa menunaikan Nature's Call (perkataan ni aku blaja masa darjah 5 huhuhu)..




Lepas kuar dari tandas as usual nampak makcik dan kakak2 cleaner yg bertugas nk cuci2 tandas.. dorg tgh tekun mencuci tandas LELAKI...




Nampak la konflik kat situ sbb kebetulan masa tgh basuh, sorg staf lelaki nk masuk tandas... Memang tergelak besar la aku.. keadaan yg sgt awkward di situ...




Bila turun bawah dorg tya nape aku gelak, pastu aku citer.. ada sorg lg team tu kata




xpe la biar org lelaki plak la masuk tandas perempuan.. dah org perempuan cuci tandas lelaki... Lelaki dan perempuan kn saling memerlukan...




Ayat takleh blah sungguh... hohohohoho~~




nota kehidupan: bila ada tak dihargai bila tiada dicari2...

Tuesday, January 25, 2011

Lelaki Oh Lelaki~~

Mungkin ada yang terkecil hati..
Mungkin ada yang tersinggung..
Tapi ini cuma pandangan peribadi atas pemerhatian sahaja..

Semalam aku ke Jalan Haji Taib utk beli keperluan semperna nk ke Kelantan nnt..
Biasa la keje tempat masak2 ni mmg akan bjalan merata mencari barang keperluan..
Cari2 parking tak jumpa almaklumlah situ mmg sentiasa sibuk n penuh org.. PT yg memandu tu jenuh cari parking tak juga jumpa2.. pastu dia kata tak pe kita round sekali lagi (kali ke dua) untuk cari parking sambil tu leh cuci2 mata..

Mula2 aku tak berapa nk faham sbb lupa Jalan Haji Taib tu famous ngan aktiviti siang dan malamnya.. Jadi aku pn dok diam jek.. tetiba bila nampak akak2 n adik2 ni PT tu siap tegur2.. aku baru perasan.. rupanya ada aktiviti kurang sihat di situ huhuhu~~ Sedih dan kesian melihat mereka...





Badan masih tegap dan sihat.. kalo jd lelaki sempurna mesti boleh menyumbang kepada negara, agama dan bangsa... tp mereka pilih jalan itu...












Sayang seribu kali sayang...
Sudahlah sekarang akhir zaman lelaki makin kurang..
Makin pupus la lelaki2 ini bila suma dh transform jd cm pic kt atas ni huhuhu~~





Banyak faktor kenapa jd cmni..
tapi pokok pangkal hati dan diri sendiri..
Berdoa agar satu hari di buka pintu hati terima hidayah dari Allah untuk mereka ni...

Hidup ini kadang2 kejam tapi janganlah kita pilih jalan yg salah untuk mengejami diri sendiri...


nota kehidupan: makin berjalan mata makin banyak dilihat...makin terasa bersyukur nikmat Allah...









Monday, January 24, 2011

ReTreat @ Jalan-jalan @ Cuti-cuti Malaysia??

Alhamdulillah..
Rezeki pada awal tahun 2011 ni berjaya juga aku n team membuat retreat untuk pendedahan SKT unit ke Negeri Kelantan Darul Naim..
Lokasi ini adalah menjadi idaman team di Sajian kerana tempat membeli belah sememangnya menyeronokkan kaum wanita kan kan kan??





Pic hiasan huhu sbb aku last pi Kelantan umur 9 tahun jadi mmg x berapa nk tahu pasal Kelantan huhuhu~~ sedih kn.. So aku siap import mak n adik2 ikut sekali ke Kelantan makan angin sambil release stress.. bila lagi nk seronokkan org tua ye tak.. Abah x dpt amik cuti jadi terpaksa la tinggal huhuhu~~

Balik dari Kelantan sepupu aku ajak plak beryimba ke Ipoh.. last pi dulu pas matrik rasanya umur 19 tahun.. lama dah.. sampai Makcik Aidah aku dh kecik2 hati tak sampai2 lg umah dia.. dlu kami pi naik bas... ni tgk melobi abah aku izinkan kitorg drive ke sana.. tapi abah kata kena ada org lelaki ikut baru abah lepas... so adik ku Faliq la jd mangsa suh dia ikut huhuhuhu~~





Mesti wondering apsal lak gambar helang ni muncul kn? kn?
Yer aku mungkin akan jejalan ke Langkawi ngan BFF cik Faiezah Ahmad..
Baru berancang2 belum tahu jadi ke tak huhuhu~~
Doa2 jadi la sbb kami nk menenangkan fikiran kami..




Wah nice pic.. kalo lah dapat bercuti ke tempat2 cmni best kn??




Ahaaaa.. yg ini Insya Allah akan pi lepas Raya puasa nnt...
Medan Indonesia..
Melawat sedara mak belah Atok...
Harap2 seronok la kn..


Tahun ni berjalan2 amik angin..
Nak tunggu dipinang belum tahu bila..
Maka kena la berjalan2 ke tempat org sementara single mingle ni kn...


Nota kehidupan: bersangka buruk mengundah bencana...

Thursday, January 20, 2011

Bila Cik Fiza Jadi Pengerusi Sementara

Kuang Kuang Kuang

Mmg mencabar jadi pengerusi sementara ni..

Aku dijemput untuk jd pengerusi sementara utk majlis pelantikan jawatankuasa kuarters yg baru... sebagai pihak berkecuali, aku pn bantu la dorg..





Mula dgn pencalonan dh lawak dah...
Ada yg dicalon pastu siap minta tarik diri plak..
Aku sbg pengerusi yg x bape ada pengalaman n agak muda berbanding warga2 lain ni mmg rasa mencabar sungguh la..
Nak tenangkan audience.. Nak minta mereka calonkan org..

Ada yg nk pekena kawan angkat tgn calon nama padahal member tu x reti pn wat keje.,..

adoiii...
Tapi suma tu pengalaman yg berharga..

Alhamdulillah bjalan ngan agak lancar juga..
Penghulu baru pn dah dipilih..


Notakehidupan: kadang kita jaga hati orang lain, tapi orang lain tak sedar yang kesalahan mereka...







Tuesday, January 18, 2011

Pelaburan Emas??? Part 2

Ini adalah sambungan entri yg semalam..
Seronok juga nk berkongsi sbb baru tahu kan..
Harap suma geng2 dapat manfaat dan boleh meneruskan pembacaan yang lebih lagi di blog2/website yang ada penjelasan terperinci berkaitan emas ni..

1. Apa itu Dinar?

Dinar ialah SYILING EMAS.
The World Islamic Trading Organisation mengikut standard Khalifah Umar Ibn al-Khattab, iaitu:

DINAR Berat: 4.25 grams
Alloy: 22 carats (0.916) Gold

Seperti yang kita tahu, dinar ini digunakan secara total zaman Nabi dan Sahabat untuk urusan jual beli, zakat, perkahwinan dan sebagainya..

2. EMAS sebagai pelaburan

Pendapat ini hanyalah pendapat peribadi aku berdasarkann bacaan. Mula-mula tidak faham konsep pelaburan emas sebab biasa kita nampak pelaburan adalah dari segi wang ringgit. Tapi bila mula mencari ttg kelebihan pelaburan emas, aku dapati nilai emas (ikut kajian dan pemerhatian yang diberikan oleh web-web) ada naik turunnya sama seperti saham dan pelaburan-pelaburan lain. Cuma berdasarkan rekod, harga emas sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Ini jelas menunjukkan kalau kita menyimpan emas, nilai emas itu akan mengikut harga pasaran semasa berbanding kalau kita simpan duit ringgit, nilai duit itu hanya kekal sebanyak itu (dengan penambahan dividen dan sebagainya).

Contoh:

Emas tahun 1990an lebih murah harganya.. katalah pada waktu itu kita beli harganya RM500 pada masa semasa nilai emas itu telah meningkat naik menjadi beberapa kali ganda. Jadi kalo digadai atau dijual, wang yang kita dapat adalah bernilai harga semasa.

Berbanding buat pelaburan dengan duit. Katakan kita menyimpan RM500 di XXX. Dalam tempoh 10 tahun mmg akan ada penambahan pelaburan disebabkan dividen dan sebagainya. Tetapi nilainya tidak lah akan meloncat sampai berkali-kali ganda kn. Sebab wang hanya bernilai pada nilaian wang sahaja.


3. Pelaburan Emas Fizikal

Emas fizikal bermakna emas yang nampak secara fizikal, boleh dipegang dan dirasa serta disimpan oleh individu. Ada juga bank yang menawarkan pelaburan secara buku dan sebagainya (pelaburan emas juga tetapi emas nya tidak disimpan oleh pelabur). Bagi aku, selepas membaca dan dapat penjelasan serba sedikit dari kawan, untuk PERMULAAN dengan modal yang minima, aku mulakan simpanan emas dengan 1 DINAR. Ada juga 5 DINAR (20g), jenis plate dan jongkong. Tapi aku masih tak mampu untuk nilai yang besar. Beza dinar emas dengan barang hiasan emas ialah barang hiasan yang di jual di kedai emas ada kos upah dan sebagainya. Maka harga adalah lebih sedikit.

Bagi mereka yang baru nak mula aku nasihatkan banyakkan membaca dan bertanya pada orang yang berpengalaman dan berpengetahuan.

Aku bercadang nak beli sedikit-sedikit ikut kemampuan. Tak mahu lah terkejar-kejar dan menanggung hutang. Aku nak secara natural. Biar slow sikit tapi mula juga kan. Ini ibarat harta simpanan aku.

Ada konsep pelaburan untuk mereka yang ada modal. Aku akan cerita dalam post lain nanti. Harap-harap kita semua dapat manfaat dan berjaya.

Notakehidupan: kenapa nak bandingkan diri dengan mereka yang lebih lemah sedangkan untuk memperbaiki diri kita perlu bandingkan dengan yang lebih baik.

Monday, January 17, 2011

Pelaburan Emas??? Part 1

Assalamualaikum semua..
Tajuk ni agak menarik bagi aku yang baru je tahu ttg manfaat pelaburan emas ni...
lama dah dengar tapi tak tahu nk beli mcm mana..
bila dh tahu terus mulakan langkah pertama...

Ada beberapa jenis pelaburan emas yang aku tgk dalam website2 yang telah ku jumpa dari incik google.. tapi rasanya aku berminat ngan cara fizikal iaitu menyimpan emas itu.. tapi emas seketul cm syiling tu la.. pattern nye pn ada beberapa ikut harga dan jenis emas..

setakat ini ada 916 dan 999..
916 biasa org buat barang kemas sebab campuran mudah nk lentur2..
999 campuran sedikit dan harga nya mahal sikit dari emas 916..

yang menariknya, bentuk dinar ni mmg ikut speksifikasi ukuran pada zaman Rasulullah dulu..
utk 1 dinar beratnya 4.25gram.. saiznya ada dibagitahu tapi x igt huhuhu
utk 5 dinar beratnya 20gram (mmg berat)..
ada gak bentuk plate yg beratnya 20gram juga..

Lepas aku baca2, aku tertarik nk simpan emas ni utk masa hadapan..
mane tahu ada rezeki harganya naik dapatlah sikit keuntungan..
bolehlah nak bayar2 hutang dan PTPTN yg melambung2 itu...

utk entri pas ni akan share ttg kebaikan2 pelaburan emas..
saje kongsi dgn semua utk sama2 rasa manfaatnya..
yang ni bukan skim2, beli sendiri simpan sendiri jual/gadai sendiri...


p/s: bila la org nk belikan den emas hihihihi :)

Saturday, January 15, 2011

Kejamkah aku????

Aku dah buat kesalahan yg kejam..
Pagi2 tadi kuar nk balik umah family pastu x perasan ada anak kucing yg comel bwh tayar kete.. bila dh reverse br perasan terlenyek kucing baby tu!!!

OMG!!! mmg x sengaja... pastu terus balik sbb x sanggup nk tgk...
teruk la aku ni huhuhuhu
rasa bersalahhhhhhhh...

Thursday, January 13, 2011

Adakah Saya Gadis Kontroversi?? DAHLIA; POYATI; AINAL; SALWAHIDA; NANI; MAMA RYNA

Tajuk biar gempaq hehehe...

TQ to my dear sis Mas Zuber yang menge'tag' den untuk menjawab persoalan yang kali ni tidak banyak...

Mari kita lihat siapa yang kena....


Senarai Soalan:
1. Apakah hobi anda?
2. Senaraikan tempat-tempat yang ingin anda pergi.
3. Sikap positif yang anda miliki.
4. Sikap negatif anda.


Jawapan bagi setiap persoalan di hati :P

1. Hobi sekarang ialah menjahit-jahit labuci pada baju-baju kurung lama supaya di perasan nampak seperti baru huhuhu~~ selain itu tgk movie2 lama agar menghilangkan kebosanan apabila duduk sendiri di rumah..

2. Tempah yang nak pegi ni xde la byk sgt... sbb aku bukanlah insan yang suka sgt jln2.. tp berminat utk ke tempat yg panoramanya indah.. jepun ke korea ke.. Paris pun ok juga... tapi sebenarnya dalam Malaysia pun x habis jln lagi hihihihi

3. Sikap positif ni xtau la nk ckp ape.. mungkin agak patuh pada arahan atau kata lainnya skema, suka berkawan ngan suma org dan juga peramah..

4. Sikap negatif ialah sgt mudah percaya org, cepat kesian, selalu fikir bukan2 yang kdg2 menyusahkan diri sendiri huhuhu adakalanya kalo malas aku dtg mmg aku jd sgt2 pemalas huhu


Jadi aku akan tag beberapa org..

1. Cikgu Dahlia
2. Cikgu Poyati
3. Dr. Ainal
4. Cik Puteri Raidah
5. Puan Salwahida
6. Budak kecik Norain Hanani
7. Mama Ryna

Silakan jawab tag ini yer jika free...

nota kehidupan: hidup ini mencabar... ssh nk puaskan hati semua org

Sunday, January 9, 2011

Sasaran Kerja Tahunan... Ayuh Bekerja~~

Ahhaaaaa... Untuk mencapai kejayaan kita kena ada rancangan...
Kebiasaan Awal2 tahun ni mmg akan laksanakan Sasaran Kerja Tahunan atau nama pendeknya SKT untuk semua jabatan kerajaan mmg tak asing lagi benda ni...
Jadi aku rasa seronok nak share (sebab tadi baru je pinda2 sket staf nye slide untuk present nnt) hihihi~~

1. Rancanglah SKT yang boleh dicapai dan relevan dgn tugas anda...
Kang wat merepek2 last2 xleh wat pun ssh juga.. tgk pencapaian lepas dan apa2 tindakan penambahbaik yang boleh dilaksanakan.


2. Rajinlah kita berusaha untuk capai SKT itu.. aku beruntung kerana team aku adalah org2 yg berpengalaman dalam tugas jadi kami sama2 rancang yang terbaik untuk semua :))




3. Ni pun seronok juga.. cubalah sayangkan kerja anda itu supaya semangat untuk bekerja.. Kalau dh x suka kerja nnt semangat juang pun luntur.. stress tu mmg la tapi untuk 2011 ini kena lah blaja mengatasi stress dan lebih professional dalam tugas ya...







4. Slogan ni mcm menarik juga.. sbb ada org kerja keras tapi jatuhkan org lain.. maka amalan itu jadi tak bagus kn kn kn?? So work hard & benice to people boleh dipraktikkan supaya org pn suka nk keja ngan kita....




5. Untuk chef2, pramusaji dan pembantu pramusaji kesayanganku yang amat rajin dan bertungkus lumus untuk tahun 2010 syabas dan tahniah... tahun 2011 kita buat yg lebih baik... kita berjaya atas sokongan kamu semua...











6. Untuk geng2 penginapan/asrama, kita bergerak ke arah lebih positif dan berjaya lebih lagi dari tahun 2010.. kekalkan kecemerlangan anda semua untuk perubahan ke arah yang lebih baik...




Untuk semua, harap kita sama2 dpt jadi penjawat awam / pekerja yang cemerlang.. Keutamaan diri diletakkan ke tepi supaya amanah dapat dilaksanakan dengan telus dan jujur..
p/s: ceria2kan diri :)






Kalau minta bayaran tapi takde bukti sahih leh percaya ke?

Ermm... sedih juga..
benda ni dh berlalu 3 tahun.. skrg br nk tuntut dan sbgnya..
padahal masa kejadian tu dulu aku dah call pihak bertanggungjawab tanya status..
mereka kata kalo nak bayar pn x tau saluran mcm mana..
now after 3 years minta balik sederap.. mana lah mampu...
pastu xde surat hitam putih utk minta pembayaran..
nnt kalo dibayar buatnya pihak yg lain buat tuntutan lagi mcm mana..
aku xde bukti..
then perli2 kt FB ckp wat2 lupa..
ape kes :(
sedih juga.. sbb baik ngan insan tu dlu tp rasanya bila masuk bab duit2 ni jd lain plak..
aku minta petunjuk dari Allah.. takut juga ada yg teraniaya..
tapi xde black n white cmne nk bayar huhuhu~~

p/s: layan movie mmg best...

Tuesday, January 4, 2011

Mari Dengar Amanat KPPA 2011~~ Pesanan Untuk Semua Penjawat Awam Yang Budiman


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera (cewah cm taip email plak hihihi)


Hari ini aku telah sama-sama mendengar Amanat 2011 oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Sri Abu Bakar Bin Abdullah di Auditorium JPA.


Maka, dengan berbesar hati ada beberapa perkara yang nak di kongsi untuk semua.. tak kira penjawat awam atau swasta, bolehlah menerapkan elemen yang baik bagi meningkatkan mutu kerja seharian..



  1. Kita semua perlu berhijrah kearah perubahan yang positif dan mengambil iktibar daripada hijrah Rasulullah untuk meningkatkan lagi kualiti kerja.

  2. Sentiasa bersedia menghayati dan melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab sejajar dengan Gagasan 1Malaysia dan pelbagai lagi program yang direncana oleh kerajaan.

  3. Penjawat awam perlukan perubahan/transformasi secara pantas, strategik, dinamik serta mengambil serius dalam semua hal berkaitan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan awam.

  4. Pastikan pasukan kukuh sebagai satu jentera dalam melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan rakyat.

  5. Kuatkan tekad & azam untuk melaksanakan tugas dengan penuh INTEGRITI tanpa takut untuk menyahut sebarang cabaran yang akan tiba.

Ada beberapa perubahan juga yang Dato' Sri KPPA minta laksanakan :



  1. Kesegeraan

Ini dikaitkan dengan penyampaian maklumat. Penggunaan email perlu dipertingkatkan untuk urusan yang tidak melibatkan dokumen terperingkat/rahsia. Penggunaan HRMIS juga perlu dipertingkatkan.



  1. Kerjasama yang erat dan saling berhubung

Tidak hanya mempunyai semangat dalam kumpulan atau bahagian sendiri tetapi memandang sesuatu secara holistik dan untuk organisasi.



  1. Meningkatkan pengetahuan sejajar dengan saranan Perdana Menteri

Menjadikan organisasi kukuh dan mampan serta seperti satu pakej lengkap dalam penyaluran maklumat kepada orang awam.



Wah sangat berilmiah dan positif.. ucapan nya ringkas dan padat serta berinfomasi..


Rasanya wpn ni untuk JPA tapi semua penjawat awam boleh sama-sama mengambil manfaat dan berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi.. Insya Allah..

Monday, January 3, 2011

Penangan Meneman Awek Jerantut Shopping~~



Huahahahaa~~


Disebabkan semangat juang shopping yg tgi...


Kaki aku telah terlebih jalan dan akibatnya sakit~~


Sakit ni kesan lama sebenarnya..


Bukan masalah teman my BFF pi shopping pn.. sian dia heheheehe~~


Maka hari pertama bekerja yg sepatutnya berkobar2 ngan semangat penuh di dada telah berkubur dengan ketidak hadiran diriku ke pejabat..


Boss siap perli katanya 3/1/2011 ni hanya org yg ada anak sekolah je layak cuti huhuhuh~~


Boss... sy mmg xde anak lagi.. tp sy sakit ape boleh buat huhuhu~~


Hari ni aku pi keje pakai palm shoes (yg mcm pi kelas prep masa asrama dolu2 tu..)


Kasut flat yg selesa... terpaksa huhuhu kalo x mahu jap lg merangkak nk pi keje....