CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 20, 2010

Jodoh Oh Jodoh..

Semalam aku dok umah sepanjang hari.. tak sehat.. jadi aku pun menjelajah la setiap channel yang ada dalam pakej ASTRO yang baru aku langgan tu.. erm.. ada plak citer tajuk jodoh oh jodoh... lawak leh tahan la.. tapi ada mesej dan pengajaran aku blaja dari citer lawak ni.....

Sambil tu aku tersenyum menghintung rakan-rakan yang bakal naik pelamin tahun ni... dah berbaris dah list walaupun baru bulan Januari... mmg class gitu... persediaan nye mesti dah mula dari sekarang kn...

Tulah last 2 days.. aku hang out ngan Faiez and Jaem my dearie frenz.. bincang ttg persediaan kawen... ops! bukan gatal tapi berfikiran jauh ke depan.. hihihi (ayat cover line)..

Banyak juga la yang perlu dipersiap sediakan... pening gak kepala.. tapi ape2 pun.. ada duit semua jadi.... tu la realiti zaman skrg ni... jadi sahabat2 ku sekalian yg merancang berumahtangga tahun ni, sila persiapkan diri mental fizikal dan moneyal untuk majlis anda.... aku meramaikan majlis jek dulu.. bak kata pepatah memanaskan bangku simpanan jek...


cuit-cuit : kalau kawan2 rapat dah kawen terasa juga la.....

Monday, January 18, 2010

Rumah Baruku

Alhamdulillah...
Aku dah selamat berpindah ke rumah baru..
Tido lena alhamdulillah...
walaupun awalnya takut duduk sorg2 tapi so far dah boleh overcome perasaan takut tu....
hopefully sentiasa tenang dan bebas dari gangguan... kita hamba Allah, berlindung dengan Allah...


p/s: sejuk xyah pakai aircond... sape nk datang bertandang dijemput....

Thursday, January 14, 2010

Amanat KPPA today

Masuk seawal 7.30 pagi.. bersedia untuk persediaan menjamu para tetamu yang bakal hadir (estimation 500 pax) untuk Majlis Amanat KPPA di Auditorium INTAN Bukit Kiara.. pembukaan tahun yang baik dan agak mencabar... diberitahu maklumat last minute tapi cuba yang terbaik untuk lakukan yang terbaik.... Pengalaman sebelum-sebelum ini akan menjadi panduan.. harap-harap semuanya berjalan lancar...
p/s: Petang ini marilah ramai-ramai kita tunaikan solat sunat gerhana

Wednesday, January 13, 2010

Program Kecemerlangan KELUARGA??????

Tajuk pun dh pelik, orang yang pi ni lagi lah rasa pelik.. kalo difikir2kn, program ni sesuai untuk org dah kawen jek... tapi nama aku lak naik untuk pi program yang diadakan oleh pihak JPA ni.... ermm.. ape boleh buat, nama dah naik pi juga la... ada tips2 untuk perbaiki diri yang aku dapat daripada program ni.. mungkin kita boleh kongsi sama2 dan dapat manfaat dan amalkan sama2...


1. Dekatkan diri dengan TUHAN

Ini penting supaya kita mendapat ketenangan dunia dan akhirat... amin...


2. Baiki hubungan sesama manusia

Mungkin ada yang ambil mudah hubungan sesama manusia tapi perkara ini penting untuk menjalinkan silaturahim yang akrab dengan semua pihak...


3. Ikhlaskan segala amalan supaya mendapat keredhaan..


4. Bersyukur dalam apa jua keadaan

Syukur ini dilihat sebagai elemen yang penting, kerana jika manusia tu tak bersyukur, dia sentiasa berasa tak puas dan tak senang dengan apa yang dia ada..


5. Berfikiran positif

Ini penting untuk mendapatkan aura positif dalam diri kita.. asik negatif je lama2 leh jatuh sakit tau.. byk virus hati... bahaya..bahaya...


6. Sentiasa memandang kehadapan

Jangan dikenang peristiwa lalu, ambil kekuatan dan teruskan kehidupan..


7. Fokus pada kelebihan diri

Boleh la mula cari2 kelebihan kita untuk diperhebatkan lagi.. bukan untuk riak tapi untuk tingkatkan self esteem


8. Tidak menyalahkan orang lain

Jangan cepat menghukum seseorang itu dengan apa yang kita lihat sahaja....


9. Tawakal dan berserah kepada TUHAN

Ini elemen akhir yang perlu ada untuk menjadikan diri dan keluarga terbaik....


Oleh yang demikian, harap2 point2 ini dapat dimanfaatkan.. kita sama2 berubah untuk kebaikan... Insya Allah...

Sunday, January 10, 2010

11 Januari

11 Januari

Sebelas Januari bertemu,
menjalani kisah, cinta ini
Naluri berkata,
engkaulah, mi-lik-ku

Bahagia selalu dimiliki,
bertahun menjalani bersama mu
Ku nyatakan bahwa,
engkaulah, ji-wa-ku


Akulah penjaga mu
Akulah pelindung mu
Akulah pendamping mu
Di setiap langkah-langkah mu

Pernah ku menyakiti hati mu,
pernah kau melupakan janji ini
Semua karena, kita ini, ma-nu-sia

[#]

[Reff:]
Kau bawa, diri ku, ke dalam hidup mu
Kau basuh, diri ku, dengan rasa sayang
Senyum mu juga sedih mu, adalah hidup ku
Kau sentuh, cinta ku,
dengan lembut…
dengan sejuta warna

Hoo… hoo…



Something about this song...

Ciri-ciri Isteri Solehah (MUST READ!!!)

Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa': 34)
Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.


Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya. (Taisir, hal. 177)


Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), 'abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]


Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami' no. 660, 661)


Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:


1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.


2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.


3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.


4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.


5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.


6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.


Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.


Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:


1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)


2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.


3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.


Asma' bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".


Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)


4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.


5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.


6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.


7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)


p/s: Boleh la ambil tips ni jika ada kegunaan.. jika blom, boleh jadikan pengetahuan tambahan dan persediaan

Friday, January 8, 2010

Datang ke pejabat pada hari SABTU

Huahahahahaa.. semalam bagi entri x semangat nak bekerja.. hari ni tup tup datang opis plak... ape kes... erm.. ni sebahagian daripada azam tahun baru gak kn.. melakukan tugas secara produktif.. jadi aku telah mulakan langkah pertama dengan 5S yang terawal iaitu sisih.. susun x dpt buat lagi.. kelam kabut sket... tapi xpe.. plan2 kayuh kn... beberapa perkara pun dah selamat di email kn pada tuan yg bertanggungjawab untuk tindakan... jadi, isnin nnt boleh la ringan siikt tanggung jawab dan boleh mula buat rondaan2 kecil... harap hari isnin lebih bersemangat... Chayok!!!!!!!!!!!!!!


p/s: tgh berfikir macam mana nk maintain kerajinan ini....

Thursday, January 7, 2010

Semangat Luntur Seketika

Mungkin terlalu ikutkan perasaan semangat bekerja aku luntur seperti di klorox semalam dan hari ini... walaupun pagi td boss menyampaikan amanah yg cukup panjang lebar selama 3 jam setengah namun aku seperti jelly yang lembik... tak produktif..... mungkin terlalu terbawa oleh peristiwa yang terjadi pada petang semalam... tapi kena come back cepat2..... aku xleh hanyut... orang lain sentiasa mencari kesalahan aku... mmg ada banyak kesalahan tapi aku akan cuba perbaiki.... ssh....

Buat Baik Biar Berpada Buat Jahat Jangan Sekali

Mungkin peribahasa ni tak sesuai untuk apa yang terbuku di hati, tapi tak pe...
Semalam aku telah mempengerusikan meeting salah satu seksyen di bawah tggjawab aku.. erm...
disebabkan byk masalah yg timbul kebelakangan ini jd emosi aku tak stabil... kemarahan menguasai diri...
di awal tu aku boleh kawal diri, tapi bila dh sampai tgh2 meeting perasaan marah dh makin meningkat dgn adanya ahli2 mesyuarat yg bercakap2 di belakang... isu yg diperkatakan penting tapi buat tak endah..
aku telah membuat satu kesalahan dgn meninggikan suara dalam mesyuarat... haihhhh.....
mmg rasa tahap kesabaran dah menurun... sedey pun ada dgn sikap mereka ni....
pada akhir mesyuarat, ada salah sorg telah confront aku dan tak puas hati, padahal salah faham..
ssh nye nk jd cmni.. mungkin ketegasan dan kegarangan aku tu tak kena tempat tapi aku rasa dorg ni keje xde la bz mane pun dan xde la stress mane pn... suma nk rasa diri mereka kesian dan ssh.. pastu siap nangis2 kata xde kepercayaan dan aku ni bias.. aku beza kn gred.. hello???? aku tak pernah wat mcm tu... aku hormat org tapi org x hormat aku.. macam aku x perasan dia pernah boikot aku... aku ckp dia x ngaku.. hmmm.... ssh la.. dh la slalu compare aku ngan boss lama dia.. tau la boss tu bagus... aku ni baru jek blaja bkerja... sedey....
sedey sgt... mungkin tindakan aku drastik sgt dorg x dpt terima... xpe la.. kena sabar.. sempena pagi jumaat ni.. aku nk berazam untuk kawal kemarahan dan percakapan aku... darah muda aku ni aku ikutkan sgt... xpe lah.. yg dh silap tu biar je jd sejarah... untuk yg akan dtg, kena perbaiki.... tapi persoalannya, adakah aku sahaja yang perlu berubah... mereka?????

p/s: nk masuk kursus pengendalian manusia boleh x????

Monday, January 4, 2010

Kurangkan Kontroversi Tingkatkan Prestasi



wahhh... mcm tagline melodi pulak...


ada makna tajuk ni di pilih sebagai tajuk entri pada kali ini...


semua berkaitan dengan KERJA...


Tahun 2010 telah membuka langkah dengan jayanya...


ramai yang menyambut dengan pelbagai cara mengikut citarasa diri sendiri...


Untuk aku, beberapa peristiwa awal tahun baru ni memberikan pengajaran dan iktibar terbaik berkaitan dengan tugas aku sebagai pengurus, penjawat awam dan manusia biasa...




Peristiwa 1: 4 Januari 2009 Jam 10 Pagi yang hening...




Pada awalnya pagi ini biasa je.. xde apa2 yg extraordinary.. sehinggalah aku mendapat panggilan telefon daripada boss 1 berkenaan urusan TASKA.. berlari-lari anak aku turun ke lokasi yang diminta.. then di arahkan ke lokasi yg seterusnya untuk misi yang sama iaitu TASKA.. aih... penat makcik... nasib baik la ada cik MyVi yang sudi nk menggangkut ke kawasan rumah Tamu... sesudah selesai boss pun ronda dan berjumpa dgn pelbagai masalah2 di sekeliling tu... uwaaaaaaaaaa.... ayat x tahan drpd boss, " U kena tgk suma ni dari pagar ni sampai pagar opis U... ni suma bwh tggjawab U tau... U kan dh setahun keje sini... " aku pun jawab (dengan nada sedey) " baru 5 bulan la boss..." Memang aku akui, selama ni jarang sgt jalan2 memantau keadaan area2 penginapan dan sajian kerana terlalu fokus pada bahagian opis je.... sesudah di penginapan datang pula ke Sajian.. ini lagi byk hal n masalah dia jumpa... aku gak yg kena tadah telinga.. mmg pedih tapi... salah sendiri.. xpe.. at least aku blaja sesuatu pada waktu tu.... pengalaman adalah cikgu yang terbaik.. setuju tak????? Selepas semua kawasan dijelajahi, boss aku mengakhiri lawatan dengan ayat yang positif.... "takpe, kita sama2 bangun dan buat kerja dengan lebih baik untuk tahun 2010 ni... jangan pandang belakang lagi... U pantau suma tugas2 ni bukan suruh U yang buat.. tapi U kena observe....ingat tau...ni permulaan tahun baru..." kata boss... aku pun mmg la masa tu byk berfikir jadi sedikit gusar dan sedih... almaklum byk lagi yg x tau dalam dunia pekerjaan ni... tapi xpe.. practice makes perfect... (ada gangguan jap, akak ni nk tlong vacum karpet bilik aku..)








Peristiwa 2: 4 Januari Jam 2.30 petang yang tak berapa tenang...




Aku di opis menyiapkan nota-nota yang perlu ditulis semula masa boss dtg tadi.. biasa la takut lupa... then staff aku call... ada masalah di asrama.. aku pun pergi la tgk.. yela ape2 jadi kena tahu juga.. rupanya ada yang mengunci bilik dr dalam.. cerita selebihnya adalah PnC tapi nk dipendekkan cerita yang ganas dan penuh aksi ni, aku telah mengambil tindakan nekad mengejar individu asing yang bukan staf seksyen tu yg ceroboh bilik.. ermm... ssh.... rasa semua pun dh cukup dewasa.. tindakan yang kurang bernas... boleh mendatangkan kesusahan kepada orang lain.. gentlemen la... wpun kita wat silap, akui kesilapan kita.. ni dah la menipu, pastu lari dari kesalahan... ssh nk ckp.... tapi mmg aku bagi betul2 pas dpt tangkap orang tu... bagi syarahan percuma... marah sangat sampai tangan menggigil2... sejuk... untuk peristiwa ni, moral of the story, mengakui kesilapan, jangan lari dan hadapi kenyataan... walau sebesar mana salah kita, orang tu akan maaf kan kita kalau kita mengakui kesilapan tersebut....




Pembukaan tahun baru aku ni mmg nampak agak dramatik, tapi aku bersyukur dengan ujian dan dugaan yang Allah bagi ni, menjadikan aku lebih berani dan tabah serta menjadi penjawat awam yang lebih baik... semoga semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Amin...