CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 31, 2010

Duit Sudah Masyukkkkkk.. Terima kasih kerajaan :)

Alhamdulillah duit sudah dapat hari ni..

Kepada semua penjawat awam dan pesara, berbelanja dengan berhemah yer..

jgn nnt hujung bulan complain xde duit :P

Wednesday, August 25, 2010

Alhamdulillah Dapat Duit Raya...

Alhamdulillah Terima Kasih Kerajaan..

Dapat juga merasa duit raya tahun ni..

Tahun lepas dapat tapi kena potong la plak huhuu~~~

Duit ni rasa nk simpan untuk perbelanjaan yang lebih penting nnt sbb dah menyimpan duit untuk belanja raya dari awal tahun lagi...

Mari kita berjimat2 :)

Angau Pagi Khamis Pula~~~

Alahai~~

Pagi2 tgh dok tengeh muka ngan produk yg mak bagi (ok jugak cz org dh kata muka aku makin bersih n cerah sikit huhu~~) tetiba bunyi hp lagu Sejiwa~~

Memang la sengeh sampai telinga....

Cakap kejap jek cz masing2 ada tugas dan perlu masuk bertugas tapi call pagi2 cmni mmg la sampai esok isyak aku tersengeh...

Semoga 'orang disana tu' menjalankan tugas dgn baik..

p/s : nape esok wilayah tak cuti huhuhuu~~

Tuesday, August 24, 2010

Dunia makin kejam.. sembelih anak untuk hari raya???

pagi ni aku datang awal ofis.. semangat keje :)

pastu dengar berita semalam yg bapak sembelih anak OMG!!!!!

mmg org Malaysia ni dh makin tinggi kadar masalah mental sampai anak ngan kambing pun tak leh nk beza ke nk wat sembelih???

staf aku ckp dan ayat dia aku rasa lawak giler (walaupun isu ni serius)

"ala kn dh nk raya, tu yg dia sembelih anak dia nk wat rendang"

adoiiiiiiiiiiiiiiii... takkan xleh beza anak ngan kambing ngan lembu ke sapi ke dan seangkatan dgnnya...

bengong!!

Ya Allah, moga Kau jauhkan aku, keluargaku, sanak saudaraku, shabat2ku dan keluarga sahabat2ku serta semua rakyat Malaysia daripada bencana seperti ini...

p/s: agaknya makin nk ke arah maju 2020 makin tak berapa betul mental manusia ataupun tekanan hidup yg buat mereka jadi begitu????

Cinta Seorang Lelaki

Terbaca di blog Paskal.Rant terasa mcm best plak nk ambil dan dihayati bersama...

Dalam satu kisah percintaan yang menarik, sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka:-

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang tak boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti? Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu… sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak!

Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
A
dakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.

Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Menusuk kalbu sungguh~~

Sunday, August 22, 2010

Mengidam~~


ni mmg mengidam mengada2...


bodek abah sebab teringin nk makan GCB tapi gaji belum masuk..


mmg terbaekk la abahku.. terus hulur duit beli untuk adik2 sekali...


betul la adik aku kata aku yg paling manja heheheheeh~~


waktu bukaa... yummy~~


Hujung Minggu Yang Angau~~

aishh...~

payah la mcm ni.. mmg senyum sampai telinga..

apa tak nye dok berchat YM dari jam 11 malam sampai 4 pagi meneman 'orang tu' bertugas malam...

tak bape minit letak kepala atas bantal mak dh bangun tutup aircond bilik..

fuh~~ nasib baik sempat tutup laptop kalo tak mesti kena marah kaw2 punyer huhuhu~~ (notty daughter)

Sabtu 'orang tu' tidur tak ingat... malam sembang kejap cz aku yg ngantok tak tido2 dari siang menguruskan mcm2 hal...penat woo~~

Ya Allah, aku suka keadaan ni tapi aku sgt takut... takut rebah lagi... bahaya... takut kali ni tak dapat bangkit mcm dulu lagi...

p/s: petang ni ada majlis buka puasa nk tgk ragam org berkenaan makanan

Thursday, August 19, 2010

Takut Nak Kawen~~

erm.. sekarang ni tiap2 hari baca paper ada jek berita org bercerai..

kawen beberapa hari cerai.. kawen kejap cerai.. tgh mengandung cerai.. takut!!

boleh ke aku nk hadapi keadaan2 yg kritikal sedangkan sekarang kena duga sikit pun aku dh lemah... ini kan pulak dugaan mcm tu... mmg perit...

tapi..... perkahwinan tu melengkapkan kita sebagai seorang muslim... jadi aku kena bersedia...


p/s: cakap cm ada calon jek huahahahahahaha~~~

kata yang bermakna..

Tadi tengok citer 200 pounds beauty.. citer korea.. ada satu ayat yang bapa perempuan tu keluarkan yang agak mendalam maknanya buat aku...

" Hanya Tuhan yang boleh buat semua perkara,
Manusia hanya boleh buat sekadar yang termampu "

Bila tgk ayat ni terasa betapa kerdilnya diri kita ni di sisi Tuhan iaitu Allah yang Maha Esa...

Rasa mcm nk nangis pun ada...

Kita kena sedar kita hidup ni tak lama...

Tak sempurna...

Jangan cari kesalahan org lain....

Jangan cari kesempurnaan...


p/s: angau tu melanda lagi tapi dalam versi yang ada sikit kureng... gangguan perasaan melanda....

p/s/s: tak sabar nak balik berbuka puasa minggu ni kt umah... home sick plak padahal dlu tiap2 minggu balik huhuhu~~

Monday, August 16, 2010

Menggantikan Bos~~

Adoyaiii....

Pengsan la aku mcm ni.. dah la tak pernah pi meeting di JPA.. jap lagi kena pi menggantikan bos.. dah la perbincangan Sambutan Hari Raya Peringkat JPA.. cuak sey~~~

takpe la tanggungjawab dah diberikan kena la buat yang terbaik..

pergi dengan penuh harapan... :D


p/s: semalam seronok pi terawih malam ni nak pi lagi la....

p/s/s: nak kurus lagi huhuhu~~

Sunday, August 15, 2010

Hujung Minggu Yang Gumbira~~

Bermula hari isnin yang cerah ni rasa bersemangat tetiba nk bertugas..

Sabtu dan Ahad mmg beryimba-yimba tak ingat di KL..

Asyik berjalan je la kau ni Fiza..


Sabtu

Pagi tu mmg ucara membersihkan rumah la dijalankan.. almaklumlah mmg aku ni hujung mgu tak lekat di rumah Kiara.. asik balik Port Klang.. so kena la kemas2 apa yang patut...

Jam 2 petang aku dan Faiez gerak ke Jalan TAR.. nak citer ni.. aku first time drive sendiri ke sana.. hhihihi~~ penakut la katakan... siap cari2 parking xde dok pi parking VIP kt depan bangunan DBKL lagi tu... Mula2 cuak juga nk park situ tapi sbb dah tak de dh termpat lain redah aja..

Mulalah langkah kami bershopping di Pasar sepanjang jalan TAR tu.. Banyak juga la barang yang dibeli..

Pastu Faiez decide nak pi SOGO.. katanya nk cari handbag.. tetiba masa nak lintas jalan ternampak Tow Truck DBKL!!!! mmg pucat muka aku memikirkan nasib kereta yang aku park btul2 depan bangunan DBKL tu huhuhuu~~~ takutnyaaaaaaa....

Pas Faiez jln2 dlm SOGO aku pun dh x semangat nk shopping lagi aku terus ajak dia balik.. dalam hati mmg berdoa jangan la jadi ape2 sbb kalo kena tarik ke ape ke mmg la naya.. mati aku kena marah ngan mak n abah...

Alhamdulillah lega.. nampak kereta selamat jek kt situ... terus senyum kembali uhuhu~~

Kami terus gerak nk booking tempat berbuka.. pi ke Restoren Tomyam Poktek kt Damansara Perdana.. minah 2 org ni, Jaem n Faiez mmg sgt suka mkn kt sini.. not bad gak makanan nyer.. so pas booking kami pun carilah destinasi nk melepak sbb awal lagi... apa lagi ke IKEA la nampaknya...

Ronda2 cuci mata dalam IKEA mmg best cz tak bape ramai sgt org... suma agaknya nk buka kt umah yang kami ni gatal2 dok jalan2 lagi kn hihihi~~

Sampai masa kami gerak semula ke restoren.. berborak sakan la sambil makan.. lama dh tak jumpa... Jaem di Sabah Faiez di Jerantut aku di KL... mmg byk citer kuar..

Aku pun terus balik umah pas makan untuk solat maghrib n terawih...

Dalam jam 10.45 malam Jaem hantar Faiez balik umah aku.. borak la lagi kt umah sampai tengah malam hehehehe~~ mmg aktiviti sabtu tu penuh ngan gelak ketawa dan berborak2 je...


Ahad

Pagi2 bangun kemas2 umah then tgk tv ngan faiez... dia dh nak gerak balik so aku kena hantar dia ke KL Sentral.. ajak kwn opis ni pi skali temankan.. almaklum tak ingat sgt jalan KL ni...

Pas hantar Faiez, aku pi skali lagi ke jalan TAR.. mmg la ngade2 sampai 2 kali nk ke sana..

tapi kali ni trip jalan2 cuci mata..

mula2 ke Haniffa tgk coklat!! aku tak pernah tau pn sini 'heaven coklat'!!! mmg cm kat Langkawi.. banyak giler... tapi harga agak tinggi juga banding ngan Langkawi.. takpe gaji nnt akan ku serang Haniffa Jalan TAR nyum nyum~~

pastu episod cuci mata beralih ke pasar dan SOGO pula.. mmg cuci mata sangat sbb langsung tak beli ape2 hehehehe~~

Bila dh petang tanya ngan Gee nk makan ape so kami decide ke pasar Ramadhan Kg Kerinchi.. mmg banyak gerai.. aku pun sbb mengidam nk nasi beriyani terus la cari n beli...

mmg 2 hari ni berjalan je la keje aku... tapi seronok n puas hati sbb dapat jumpa kawan2.. BFF...

hope dapat jumpa korg lagi!!!

Thursday, August 12, 2010

Sihir...Bomoh Siam...

Topik ni mmg mengganas.. sejak2 tgk citer Cerekarama hari Sabtu lepas macam banyak plak dengar kisah2 berkaitan kekejaman dan kejahatan insan-insan yang rakus menjadikan ilmu hitam ni sebagai platform utk capai matlamat dorg...

Syirik.. tapi rasanya dorg ni tak fikir pun tu suma.. hanya berlandaskan nafsu dan kepuasan diri sendiri jek..

Semalam mak aku call.. citer ada kenalan mak yang suaminya terkena benda2 kotor ni... mmg sedih dan kesian sgt sbb pemikiran suaminya tu mmg dh di kawal dgn dasatnya oleh ilmu yg digunakan oleh wanita yang nk ambil kesempatan pada dia dan keluarga.. mmg makcik ni org kaya la juga.. teruk keadaannya sekarang sampai suami dh tak peduli dan tak beri wang utk belanja.. doa2 semoga suami dia terlepas drpd belenggu kekotoran ni...

ni ada info yang dijumpai dari blog resipirahsiaku.blogspot

9 JENIS SIHIR

AL MARAD
Sihir sakit, orang yang terkena akan sentiasa sakit anggota badan, tidak berfungsi tiba-tiba atau kaku tubuh badan.

AL HAWATIF
Sihir yang membuat seseorang bermimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi, mendengar suara orang bercakap dalam jaga. Banyak was-was dan kuat syak wasangka pada orang yang rapat atau disayangi.

TA”TIL TAWAJ
Sihir bagi merosakkan perkahwinan seseorang. Kesannya akan merasa takut untuk berkahwin, mudah marah dan lupa dan kurang syahwat.

TAFRIQ
Sihir yang memisahkan suami isteri. Kesan sihir ini timbul perasaan marah dan benci apabila memandang satu sama lain sehingga merosakkan hubungan rumahtangga.

AL MAHABBAH
Sihir yang dibuat oleh isteri ditujukan kepada suaminya agar taat dan patuhi arahannya.

TAKHAYYUL
Sihir yang menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal. Juga akan berimaginasi benda kecil tetapi pada pandangannya ia besar.

NAZIF
Sihir yang dikenakan pada wanita yang mengalami darah istihadah (haid yang melebihi tempohnya), Darah akan keluar berterusan berbulan-bulan.

AL JUNUN
Sihir yang menjadikan seseorang lupa dan tersasul. Apabila bercakap matanya terbeliak. Tidak akan tetap di suatu tempat dan sering bertukar kerja. Selalu dilihat keluar tanpa hala tuju dan tinggal dirumah kosong.

AL KHUMUL
Yang terkena sihir ini akan suka bersendiri untuk tempoh yang panjang. Benci pada perhimpunan. Sentiasa resah dan lambat melakukan kerja.

Marilah sama2 sempena Ramadhan yang berkat ini kita menyucikan diri dan elakkan daripada terlibat dgn hal2 yang mengundang kebencian Allah ni..

dosa biasa pun seksanya tak tertanggung inikan pula dosa syirik dan menyekutukan Allah..

Nauzubillah

p/s: mcm kena pukau jek rasa :P

Tuesday, August 10, 2010

salam ramadhan..

salam semua..

dah lama tak menaip sebab seminggu pi kursus...

pastu demam plak dapat MC dua hari.. dugaan betul ramadhan kali ni.. harap aku tabah...

ni pun bila nk pgg laptop mak dh bising risau pening2 lagi...

doakan kesihatan sy pulih yer huhuhu


p/s: bila mula puasa teringat plak kenangan yg x ptt diingat.. kejadian tahun lepas.. ya Allah.. semoga aku jd hambaMu yang tabah...