CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 5, 2020

Perkahwinan Jarak Jauh: Erti Syukur

Aku menulis posting ni dengan linangan air mata 😢😢😢.
.
.
Semasa PKP ni memang Allah bagi rezeki untuk suami aku dapat balik Selangor dan stay dengan kami Alhamdulillah almost 1 bulan 6 hari.
.
.
Untuk org PJJ sehari pun dah rasa happy inikan pula dapat sebulan kan.
.
.
Dan saat perpisahan tu tiba lagi apabila ada tugas yang memerlukan dia kembali ke Johor.
.
.
Aku cuba juga pujuk minta dia stay sehingga raya tapi ayat dia buat aku terdiam;

"Kalau stay sini memang seronok tapi nanti nak bagi pekerja gaji apa, mereka ada keluarga"
.
.
Dan aku kembali ke alam realiti kehidupan kami dan menolak tepi rasa tamak dan penting diri.
.
.
Banyak perkara yang menerbitkan rasa syukur dalam hati sepanjang PKP ni.

1. Alhamdulillah ada pekerjaan ada gaji;

2. Alhamdulillah ada tempat berlindung dari virus;

3. Alhamdulillah suami dapat stay sama-sama sebulan;

4. Alhamdulillah Allah lindung dari penyakit;

5. Alhamdulillah dapat tempuh Ramadhan lagi tahun ini
.
.
Dan banyak lagi kesyukuran yang patut kita syukurkan daripada rahmat Allah instead kita memandang sesuatu yang tak ada.
.
.
Nikmat Allah yang mana yang kau dustakan?
.
.


L.O.V.E
Fiza Omar


1 comments:

Wak Lat said...

bwrsyukur masih ada keje.. skrg dh leh rentas negeri kannn.. 😅😅😅