CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

KAWEN LARI~~~

“Tanam pinang rapat-rapat
biar senang puyuh berlari
ku pinang-pinang tak dapat dapat
ku pujuk-pujuk ku bawa lari"


Perghhhhh pantun intro mengganas....
ape yang aku cuba nk sampaikan ni mmg la agak dh basi tapi terasa nk merepek gak ttg isu ni...

semalam aku google pasal kawen lari ni..
x sempat baca semua sbb banyak cuma aku terkejut siap ada website promote nikah siam tuuuu..

mmg menarik sgt hehehehe~~ (gelak jahat)
pakej ditawarkan siap pendaftaran suma la..
aku pun dok pk.. ni cm menggalakkan pun ada...
siap bagi contoh2 kisah kawen lari yg pernah diuruskan lagi...
mmg kelassss...

dari pembacaan aku, wpn sumber tu tak lah berapa sahih.. tapi sebenarnya kalau wali enggan menikahkan pasangan, pasangan boleh buat rayuan di mahkamah memohon wali hakim...

tapi... mesti ada syaratnya.. keenganan wali tu kena la tak berasas..
kalo org tu penagih ke ape ke mmg la suma org pun xnk bagi anak dia kawen ngan org tak elok kn...

cuma kdg2 terfikir juga... takut terjadi kt diri sendiri juga.. cz mak sy pn kdg2 mcm ala2 Nyonya Mansor ibu mertuaku tu.... takut sangat!!

bila cinta dh mengaburi mata.. lain tak nampak dah...


Cerekarama hari tu 'Airmata Salina' haa tu pun contoh kawen lari yang last2 menyeksa diri sendiri... teruk... seram tgk... laki dia pijak2 perut dia masa dia mengandung...

aku tak mau hidup aku jd cmtu...
aku nk bahagia...
nak boleh balik raya umah mak, umah mentua, umah sedara mara tanpa ada rasa perasaan serba salah tak jemput mereka masa aku kawen kalo aku kawen lari laaaa...


p/s: ada sesapa nk kawen lari ngan sy?

kawen sambil berlari di tepi pantai hahahahahaha

Monday, September 20, 2010

Ape perasaan korang???????? (entri khas untuk gadis bujang)

Ape korang rasa (untuk gadis manis yg masih blom kawen hehehehe~~ ) bila ada lelaki tanya korang soalan ni...


L : " berapa ribu?? 10 ribu cukup tak?? "

G : " alaa i xmau mahal2.. kalo RM7777 pun dah ok... " (cakap dgn gaya malu2 dan gedix ok )

L : " eh u.. murah sangat tu.. kt tempat i tu rate SPM jerk... "

G : " Gulp~! (terdiam cz kunun2 mula2 nk wat cm wanita suci wanita lindungan kaabah.. )


skrg dh ada rate ek?? ada kadar SPM bape STPM bape Diploma bape Degree bape Master bape PhD bape...

naya wooo... tapi persoalan nye, betul ke nilai harga hantaran tu untuk kita? untuk kelulusan kita? kalo ikutkan tak ternilai la harga.. mak abah besarkan dari kecik... byk belanja tu sampai nk dapatkan degree pn rasanya dh beratus ribu dh...



haaa..... sesiapa yg single.. marilah kita berkongsi... yg dah kawen pun boleh kongsi pendapat... sbb rasanya nk tahu kenapa keadaan jd cmni... org dlu2 ratus2 je hantaran kn....


p/s: dalam hati berbunga2.. doa2 moga Allah permudahkan... amin...

Tuesday, August 24, 2010

Cinta Seorang Lelaki

Terbaca di blog Paskal.Rant terasa mcm best plak nk ambil dan dihayati bersama...

Dalam satu kisah percintaan yang menarik, sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka:-

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang tak boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti? Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu… sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak!

Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
A
dakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.

Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Menusuk kalbu sungguh~~

Sunday, August 22, 2010

Hujung Minggu Yang Angau~~

aishh...~

payah la mcm ni.. mmg senyum sampai telinga..

apa tak nye dok berchat YM dari jam 11 malam sampai 4 pagi meneman 'orang tu' bertugas malam...

tak bape minit letak kepala atas bantal mak dh bangun tutup aircond bilik..

fuh~~ nasib baik sempat tutup laptop kalo tak mesti kena marah kaw2 punyer huhuhu~~ (notty daughter)

Sabtu 'orang tu' tidur tak ingat... malam sembang kejap cz aku yg ngantok tak tido2 dari siang menguruskan mcm2 hal...penat woo~~

Ya Allah, aku suka keadaan ni tapi aku sgt takut... takut rebah lagi... bahaya... takut kali ni tak dapat bangkit mcm dulu lagi...

p/s: petang ni ada majlis buka puasa nk tgk ragam org berkenaan makanan

Thursday, July 29, 2010

Menanti Cinta~~~

Tetiba tgk youtube tadi ternampak lagu ni.. search lirik...

Lagu ni cocok untukku (alamak terkuar plak bahasa Indonesia hehehe)

layan la lagu ni ek... makna yang mendalam.. semoga Allah meringankan jodoh sayer...



Menanti Cinta By Krisdayanti

sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satu pun burung
mampu menjawab

hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku

wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu


Hatiku..silalah ikhlas....

Tuesday, April 20, 2010

Perubahan untuk Kebaikan?

Kadang-kadang rasa susah nak berubah untuk kebaikan...

biasalah bila kita dah slalu amalkan perkara-perkara yang salah, nak wat perkara yang betul tu

ada la masalah sikit kan..


tapi tu tak bermakna kita tak boleh berubah untuk kebaikan semua pihak...

kadang orang underestimate org yg nak berubah ni...

biasa la lumrah alam kn... yang baik ni ssh sket org nk terima dan bagi sokongan...


antara beberapa perkara yang aku rasa aku nk wat perubahan dalam diri ni...


1. Dari malas nak jadi Rajin

2. Dari gemuk nak jadi kurus

3. Dari banyak cakap nak jadi kurang bercakap

4. Dari wat sikit keje nak jadi wat banyak keje

5. Dari kurang beramal nak jadi rajin beramal Insya Allah


Banyak nk ubah tak tau leh capai ke tak.. tapi cita-cita dan azam mesti ada kan...

Tadi pn jumpa bos, dia kata panjang umur sbb baru teringat dah dtg jumpa.. maknanya kenalah

selalu jumpa bos.. supaya dia pun tak lupa kita...


p/s : macam mana nak berubah cinta? nk lupakan cinta lama......

Wednesday, March 31, 2010

Sepi dan Aku.....

Semalam M.C so dok umah sorg2 sambil tgk tv....
Channel Citra ada Filem Sepi...
layan la citer ni... sedey gak...
ada 2 benda yg membuatkan aku memasukkan diri aku dalam filem ni....

Pertama sajak ni...

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, Syurgaku
Tanpa dia
Malam menemaniku
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku...

erm... mmg menyentuh jiwa dan mmg masuk ngan diri sendiri.... jiwang lak tetiba huk huk huk....

Kedua

Watak Afdlin Shauki dalam filem Sepi ni agak sinonim ngan condition aku skrg...

alone.....

lonely......

Persoalan nye.. (macam nk jawab soalan karangan SPM plak) adakah kita perlu berkahwin semata2 nk puaskan hati org? xnk org tanya kita bila nk kawen? atau sbb mmg kita syg org tu dan bersedia untuk hidup bersama sepanjang hayat ngan dia????


Sila lah bagi jawapan untuk persoalan ini..........

Monday, December 14, 2009

Bila Kita Dilamun Chenta...

Bila kita dilamun cinta..
yang pahit ditelan jadi manis..
senyuman terukir di bibir tak lekang...
walau di marah walau di kata...

bila kita dilamun cinta...
hati rasa berbunga...
indah... semua indah di mata...
tiada kekurangan mahupun kecacatan...

bila kita dilamun cinta...
rindu...bila tak dapat bersua muka...
jiwa... rasa gelisah bila si dia tiada....
gundah... tak keruan jadinya....

bila kita dilamun cinta....
mohon pada Yang Maha Esa...
agar si dia selamat sihat sejahtera..
agar sentiasa bersama hingga ke akhirnya...
membina istana bahagia...

Bila Kita Dilamun Cinta.........