CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 18, 2011

Pelaburan Emas??? Part 2

Ini adalah sambungan entri yg semalam..
Seronok juga nk berkongsi sbb baru tahu kan..
Harap suma geng2 dapat manfaat dan boleh meneruskan pembacaan yang lebih lagi di blog2/website yang ada penjelasan terperinci berkaitan emas ni..

1. Apa itu Dinar?

Dinar ialah SYILING EMAS.
The World Islamic Trading Organisation mengikut standard Khalifah Umar Ibn al-Khattab, iaitu:

DINAR Berat: 4.25 grams
Alloy: 22 carats (0.916) Gold

Seperti yang kita tahu, dinar ini digunakan secara total zaman Nabi dan Sahabat untuk urusan jual beli, zakat, perkahwinan dan sebagainya..

2. EMAS sebagai pelaburan

Pendapat ini hanyalah pendapat peribadi aku berdasarkann bacaan. Mula-mula tidak faham konsep pelaburan emas sebab biasa kita nampak pelaburan adalah dari segi wang ringgit. Tapi bila mula mencari ttg kelebihan pelaburan emas, aku dapati nilai emas (ikut kajian dan pemerhatian yang diberikan oleh web-web) ada naik turunnya sama seperti saham dan pelaburan-pelaburan lain. Cuma berdasarkan rekod, harga emas sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Ini jelas menunjukkan kalau kita menyimpan emas, nilai emas itu akan mengikut harga pasaran semasa berbanding kalau kita simpan duit ringgit, nilai duit itu hanya kekal sebanyak itu (dengan penambahan dividen dan sebagainya).

Contoh:

Emas tahun 1990an lebih murah harganya.. katalah pada waktu itu kita beli harganya RM500 pada masa semasa nilai emas itu telah meningkat naik menjadi beberapa kali ganda. Jadi kalo digadai atau dijual, wang yang kita dapat adalah bernilai harga semasa.

Berbanding buat pelaburan dengan duit. Katakan kita menyimpan RM500 di XXX. Dalam tempoh 10 tahun mmg akan ada penambahan pelaburan disebabkan dividen dan sebagainya. Tetapi nilainya tidak lah akan meloncat sampai berkali-kali ganda kn. Sebab wang hanya bernilai pada nilaian wang sahaja.


3. Pelaburan Emas Fizikal

Emas fizikal bermakna emas yang nampak secara fizikal, boleh dipegang dan dirasa serta disimpan oleh individu. Ada juga bank yang menawarkan pelaburan secara buku dan sebagainya (pelaburan emas juga tetapi emas nya tidak disimpan oleh pelabur). Bagi aku, selepas membaca dan dapat penjelasan serba sedikit dari kawan, untuk PERMULAAN dengan modal yang minima, aku mulakan simpanan emas dengan 1 DINAR. Ada juga 5 DINAR (20g), jenis plate dan jongkong. Tapi aku masih tak mampu untuk nilai yang besar. Beza dinar emas dengan barang hiasan emas ialah barang hiasan yang di jual di kedai emas ada kos upah dan sebagainya. Maka harga adalah lebih sedikit.

Bagi mereka yang baru nak mula aku nasihatkan banyakkan membaca dan bertanya pada orang yang berpengalaman dan berpengetahuan.

Aku bercadang nak beli sedikit-sedikit ikut kemampuan. Tak mahu lah terkejar-kejar dan menanggung hutang. Aku nak secara natural. Biar slow sikit tapi mula juga kan. Ini ibarat harta simpanan aku.

Ada konsep pelaburan untuk mereka yang ada modal. Aku akan cerita dalam post lain nanti. Harap-harap kita semua dapat manfaat dan berjaya.

Notakehidupan: kenapa nak bandingkan diri dengan mereka yang lebih lemah sedangkan untuk memperbaiki diri kita perlu bandingkan dengan yang lebih baik.

8 comments:

fatin said...

interesting.. ;)

Hidayati Farhan said...

nak melabur emas ke fizzie?

Unknown said...

pastu untung bg sama rata ngn aku nak? :P

cikceriacorner said...

tq 4 ur info..best2..heheh

gadisBunga™ said...

mmg tgh usha nak buat pelaburan emas ni...

thanks for the info..

cik fiza said...

fatin : mmg interesting.. selamat mencuba

yati : mmg tgh cuba2 melabur utk masa depan :)

HS : ops! cmne nk bg sama rata.. modal nye x sama rata :P

cik ceria : welcome dear

GB : selamat melabur GB.. sy dh wat sikit kajian rasanya insya Allah berbaloi..

Anonymous said...

Tumpang lalu ya, 1 Dinar Kelantan (KGT) RM850, sapa berminat email me.
mnazrinm@hotmail.com

cik fiza said...

incik nazrin: tq 4 the info.. dinar kelantan sama ke ngan dinar biasa?