Disebabkan kebosanan yang teramat sangat aku pn membaca la buku Halal Haram by CAP.. sangat berinformative (walaupun baru je selak2 baca sikit kan heheheh)
tetiba baca paper ada plak kisah minyak sapi QBB, kerang atas darah swine laaa... adoi...
susah nk cari makanan skrg kt Malaysia ni.. walaupun negara Islam..
Ekonomi dipegang oleh bangsa lain.. tu yg jd masalah...
berbalik pada buku yang aku tak habis baca ni, banyak perkara tentang halal ni yang kita semua bajet dh tau tp kita xtau pun...
aku penah amik kelas Halal Haram dalam Pemprosesan Makanan di UPM dlu.. mmg best kelas ni.. tapi ssh nk score wpn kredit hour sikit... kelas ni diajar oleh Prof Yaacob Che Man yang best.. kalo dia tulis journal akan jd YB Che Man so sesapa minat leh google di ni kalo x silap Pengarah Institut Halal ke ape ntah.. ampun aku lupa..
banyak yg kami belajar dalam kelas ni.. siap pi umah sembelih wat asgmnt lagi tuuu... gadis2 manis ke rumah sembelih Shah Alam (dh tutup rasanya sekarang) untuk tgk secara live (luar dari waktu hari raya korban) macam mana kaedah penyembelihan komersial dilakukan.. pergh!! mencabar aku ckp ko...
mula dari lembu2 tu beratur nk masuk lokasi sembelih, mcm mana dorg blok jgn bg lembu tu nampak kawan dia kena sembelih, pastu cmne dorg wat stunning (pengsan kn kejap bg jgn mengamuk sbb komersial ni nk kejar masa... x sempat nk tarik ramai2 cm raya korban nye sembelih tu) sampai la di sembelih, dilapah dan pembungkusan...
kuar dari tempat tu baju bau darah lembu je masing2.. kenangan yang tak dilupakan.. nasib baik geng2 aku xde yg kena sondol heheheh
tapi umat Islam mmg kena tahu kepentingan memilih makanan halal ni.. jadi darah daging.. lagi satu kalo ckp pasal halal ni aspekk yg kedua ialah pendapatan kita la.. kalo dtg dr sumber yang tak baik, sembelih la cmne pun tetap haram...
RASUAH tu jauhkan.. jangan sesekali terfikir nk ambil.. tak berkat idup korg... rasa tak cukup je nnt.. jgn mengular.. ni pun aku pesan kt diri sendiri gak.. harap2 kita semua dapat rezeki yg berkat.. yang penting bayar la ZAKAT utk bersihkan pendapatan dan harta kita... baro 2.5% je.. kalo gaji RM1000 baru RM25 inggit je... beli mekdi dh abis kn.. kuar zakat sikit ape salahnya...
Aku bukan nk ckp ape tp berkat berzakat ni mmg aku rasa.. ko akan rasa duit ko cukup je padahal ko dh bayar itu ini dah.. serius... sejak awal keje aku dh amalkan kira setahun lepas.. alhamdulillah berjaya.. menyimpan pun ada gak sikit2..
so kepada semua, di hari mulia ni.. marilah kita sama2 jaga pemakanan.. :)
p/s: teringin nk makan..........
Monday, September 6, 2010
Makanan Halal..
Posted by cik fiza at 9:10 PM 6 comments
Labels: sekeliling, semasa
Wednesday, July 28, 2010
Bahana Nak Kaya Cepat + Nak Berlagak...
Baca paper pagi ni dapat berita tentang penipuan skim cepat kaya yang buat operasi ala2 MLM..
Tengok kat Metro tu mcm muda2 jek org yg kena tangkap ni.. alahai... ape la nak jadi..
nape nk tipu orang utk jadi kaya.. nape mesti nak berlagak2 ngan kekayaan yang sebenarnya bukan milik korg pun... pelik betul.. bergaya ngan duit org...
cuba lah baca ni.. kut ada kawan2 yg pernah terlibat atau pernah cuba nk jerat leh la bagi nasihat...
Kereta mewah pancing mangsa
KUALA LUMPUR: Kumpulan sasarannya ialah kakitangan kerajaan berpendapatan rendah yang dimomokkan dengan keuntungan amat lumayan mencecah enam angka serta kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit setiap satu.
Setiap kali pertemuan, deretan kereta mewah milik ‘upline’ antaranya BMW 5 Series, Nissan Fair Lady, BMW Z4 Spider, Mitsubishi Evo Lancer serta Nissan GTR Skyline akan diparkir di hadapan kafe atau restoran yang menjadi lokasi perjumpaan bagi memancing mangsa, selain menggambarkan keuntungan luar biasa yang bakal diperoleh. Itu taktik digunakan satu sindiket skim cepat kaya yang mengaut keuntungan atas angin dan aktif sejak tiga tahun lalu, kini disertai ribuan ahli di seluruh negara dengan majoritinya kakitangan kerajaan. Berselindung di sebalik nama kelab riadah dan keluarga, sindiket itu menawarkan pelaburan eksklusif dengan menjalankan perniagaan jualan langsung berasaskan produk makanan kesihatan sedangkan ia palsu. Modalnya juga bukan sedikit kerana ahli perlu membuat pelaburan sekurang-kurangnya RM41,000 sedangkan pulangan yang diterima tidak mencecah RM5,000 sebulan. Sesi perbincangan untuk berkongsi pelan pemasaran tidak berakhir dalam sehari. Dalang yang juga upline berpura-pura akan berkongsi keuntungan dan membantu mencarikan modal pelaburan melalui pinjaman bank yang akan diluluskan segera.
Selain kereta mewah, dalang lintah darat terbabit sentiasa bermegah-megah dengan barangan mewah dan menceritakan pendapatan mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit sebulan.
Segala taktik itu terbongkar apabila lokasi pertemuan ahli kelab terbabit diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) melalui Ops Serama di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway, dekat sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin.
Mereka tidak mempunyai pendaftaran syarikat dan bergerak bebas mencari mangsa yang juga kakitangan kerajaan muda serta berpendapatan rendah. Pada peringkat awal, mangsa diminta membuat pelaburan RM41,000. Jika mangsa tidak berkemampuan mereka akan menawarkan pelaburan RM13,000 dan paling rendah RM2,000.
“Namun, dek kerana tamak, ada yang sanggup meminjam daripada ahli keluarga dan saudara-mara untuk melabur dengan modal tinggi kerana dijanjikan keuntungan lebih besar,” katanya sambil memberitahu skim itu menjalankan pelaburan berkonsepkan piramid. Rohaimi berkata, jika mangsa gagal mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, sindiket itu akan bekerjasama dengan koperasi yang ‘tenat’, namun jika gagal mendapatkan pelabur baru untuk melangsaikan hutang, mereka akan menerima ugutan dan ancaman ala along.
“Siasatan awal juga mendapati, mereka tidak mempunyai sebarang lesen jualan langsung serta pendaftaran syarikat. Segala transaksi pemindahan wang dimasukkan ke dalam akaun individu upline masing-masing,” katanya.
“Skim cepat kaya ini kebiasaannya menyebabkan mangsa terjebak masalah kewangan, kekeluargaan dan kemasyarakatan serta menjejaskan prestasi kerjaya. Ini perkembangan tidak sihat untuk penjawat awam,” katanya.
So pasni nak masuk ape2 kena fikir panjang2 dlu.. ni dah dok pinjam sana sini kan dah susah... nak ajak kawan2 jadi kaya pun berpada la.. ajak yg betul2 bagus.. jangan ajak yg ke arah melingkup......jangan nak berlagak je...
p/s: pernah gak la kena ajak ngan skim2 cmni tapi pengalaman masa first year di UPM mmg mengajar... takutttttttttt...
Posted by cik fiza at 10:29 PM 0 comments
Labels: semasa
