CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 4, 2010

Kurangkan Kontroversi Tingkatkan Prestasi



wahhh... mcm tagline melodi pulak...


ada makna tajuk ni di pilih sebagai tajuk entri pada kali ini...


semua berkaitan dengan KERJA...


Tahun 2010 telah membuka langkah dengan jayanya...


ramai yang menyambut dengan pelbagai cara mengikut citarasa diri sendiri...


Untuk aku, beberapa peristiwa awal tahun baru ni memberikan pengajaran dan iktibar terbaik berkaitan dengan tugas aku sebagai pengurus, penjawat awam dan manusia biasa...




Peristiwa 1: 4 Januari 2009 Jam 10 Pagi yang hening...




Pada awalnya pagi ini biasa je.. xde apa2 yg extraordinary.. sehinggalah aku mendapat panggilan telefon daripada boss 1 berkenaan urusan TASKA.. berlari-lari anak aku turun ke lokasi yang diminta.. then di arahkan ke lokasi yg seterusnya untuk misi yang sama iaitu TASKA.. aih... penat makcik... nasib baik la ada cik MyVi yang sudi nk menggangkut ke kawasan rumah Tamu... sesudah selesai boss pun ronda dan berjumpa dgn pelbagai masalah2 di sekeliling tu... uwaaaaaaaaaa.... ayat x tahan drpd boss, " U kena tgk suma ni dari pagar ni sampai pagar opis U... ni suma bwh tggjawab U tau... U kan dh setahun keje sini... " aku pun jawab (dengan nada sedey) " baru 5 bulan la boss..." Memang aku akui, selama ni jarang sgt jalan2 memantau keadaan area2 penginapan dan sajian kerana terlalu fokus pada bahagian opis je.... sesudah di penginapan datang pula ke Sajian.. ini lagi byk hal n masalah dia jumpa... aku gak yg kena tadah telinga.. mmg pedih tapi... salah sendiri.. xpe.. at least aku blaja sesuatu pada waktu tu.... pengalaman adalah cikgu yang terbaik.. setuju tak????? Selepas semua kawasan dijelajahi, boss aku mengakhiri lawatan dengan ayat yang positif.... "takpe, kita sama2 bangun dan buat kerja dengan lebih baik untuk tahun 2010 ni... jangan pandang belakang lagi... U pantau suma tugas2 ni bukan suruh U yang buat.. tapi U kena observe....ingat tau...ni permulaan tahun baru..." kata boss... aku pun mmg la masa tu byk berfikir jadi sedikit gusar dan sedih... almaklum byk lagi yg x tau dalam dunia pekerjaan ni... tapi xpe.. practice makes perfect... (ada gangguan jap, akak ni nk tlong vacum karpet bilik aku..)








Peristiwa 2: 4 Januari Jam 2.30 petang yang tak berapa tenang...




Aku di opis menyiapkan nota-nota yang perlu ditulis semula masa boss dtg tadi.. biasa la takut lupa... then staff aku call... ada masalah di asrama.. aku pun pergi la tgk.. yela ape2 jadi kena tahu juga.. rupanya ada yang mengunci bilik dr dalam.. cerita selebihnya adalah PnC tapi nk dipendekkan cerita yang ganas dan penuh aksi ni, aku telah mengambil tindakan nekad mengejar individu asing yang bukan staf seksyen tu yg ceroboh bilik.. ermm... ssh.... rasa semua pun dh cukup dewasa.. tindakan yang kurang bernas... boleh mendatangkan kesusahan kepada orang lain.. gentlemen la... wpun kita wat silap, akui kesilapan kita.. ni dah la menipu, pastu lari dari kesalahan... ssh nk ckp.... tapi mmg aku bagi betul2 pas dpt tangkap orang tu... bagi syarahan percuma... marah sangat sampai tangan menggigil2... sejuk... untuk peristiwa ni, moral of the story, mengakui kesilapan, jangan lari dan hadapi kenyataan... walau sebesar mana salah kita, orang tu akan maaf kan kita kalau kita mengakui kesilapan tersebut....




Pembukaan tahun baru aku ni mmg nampak agak dramatik, tapi aku bersyukur dengan ujian dan dugaan yang Allah bagi ni, menjadikan aku lebih berani dan tabah serta menjadi penjawat awam yang lebih baik... semoga semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Amin...

2 comments:

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

adoiyai... bila dengar cite akak ni..
macam takut je nak masuk alam pekerjaan.. kenkadang macam2 kerenah bos kita ni ..
tak menang tangan dibuatnya
salam perkenalan

cik fiza said...

alam pekerjaan berbeza dgn alam study dulu... akak ni daripada sorg yg playfull dan gila2 kena jadi skema n tegas cz dh tu tuntutan tugas kn.. anyway enjoy alam study...